Sabtu, 14 Januari 2012

1 hari 1 resepi_Stik Ikan


Assalamualaikum..

lama sudah tidak memberi sebarang update & khabar berita..lesu sudah semangat untuk berblog, moga semangt baru tahun baru ini mampu memberi sedikit kekuatan & inspirasi untuk terus success insyaAllah

sesuai dengan tajuk diatas, sebenarnyer baru jer beli batu buku masakan yg simple & muah untuk disediakan, Tajuk " 1 Hari 1 resepi" hari ini nak cuba salah satu daripada resepi yang sangt mudah daripada buku ini iatu Stik Ikan..bahan-bahannya adalah seperti berikut:

gambar: ilustrasi muka depan buku.
  • Sepotong ikan (saya guna ikan genahak untukresepi kali ini)
  • lada hitam
  • serbuk kunyit
  • sos tiram
  • sedikit garam
cara-caranya:
  • bersihkan ikan dan gaul rata semua bahan2 diatas, perap selama setengah jam, oh ye komposisi bahan2 tadi saya agak2 jer, kalo ikut resepi tu 1 sudu makan tuk setiap bahan2 diatas..
  • lepas tu bakar, tapi disebabkan kurang fasiliti untuk membakar,saya selesa untuk memilih cara goreng yg kurang minyak..
simple kan? sekejap dan senang untuk disediakan, apelagi selamat mencuba kawan2...

Rabu, 15 Jun 2011

Kisah Kawen

1.0 Pendahuluan


Bernikah adalah sesuatu yang menggembirakan. Jarang orang tidak bergembira pada hari pernikahan mereka. Masakan tidak, gelaran raja sehari disandang dan dijulang. Bagi pasangan yang sudah lama bertunang, detik persetujuan para saksi semasa majlis pernikahan amatlah melegakan!


Kadang-kadang, keluar air mata kegembiraan dari pasangan pengantin kerana terlalu gembira telah menyempurnakan sebahagian agama dan menuruti sunnah nabi.


Seperti mana yang disabdakan oleh Nabi :

النكاح سنتى فمن رغب عن سنتى فليس منى , nikah itu adalah sunnah ku, jika sesiapa yang menolak sunnah ku, maka ia bukanlah dari golonganku.


Namun awas, jangan disangka kegembiraan menuruti sunnah nabi itu membuka jalan ke syurga semata-mata, kerana ia juga mampu mengheret kita masuk ke dalam jurang neraka yang dalam lagi menakutkan, jika ia tidak dilaksanakan seperti yang diperintahkan.



2.0 Menangis bertukar gembira


Apabila dua merpati sejoli di ijab kabulkan… maka bergembiralah kedua-dua keluarga, dan menangislah sang syaitan. Menangisnya sang Syaitan adalah kerana tertutupnya peluang kepadanya untuk memujuk si lelaki dan si perempuan melakukan zina.

Tapi, adakah anda menyangka syaitan yang menangis melihat dua orang yang bernikah itu akan lari merajuk membawa diri? Tidak sama sekali, di hadapan sana ternanti banyak lagi perangkap untuk mereka. Satu persatu perangkap itu mengena, dan tangisan syaitan terhenti dan diganti pula dengan ketawa yang terbahak-bahak!

Sang Syaitan ketawa kerana geli hati melihat si pasangan yang terlalu gembira hingga terlupa segala ajaran agama walaupun kedua-duanya mengaku sebagai pejuang agama. Habis ditolak tepi agama yang selama ini menjadi perjuangan mereka. Syariat diletak tepi, adat yang sesat dijulang tinggi.


Sang Syaitan gelak terbahak-bahak melihat aksi manja si isteri menyuapkan nasi ke mulut si suami yang hanya layak menjadi koleksi peribadi mereka berdua menjadi tontonan semua orang. Habis ditolak tepi perasaan malu. Malah
dibanggakan pula kenangan itu dengan meng’upload’ kan pula di dalam facebook, untuk tatapan seluruh dunia. Kalau boleh, biar Presiden Amerika Barrack Obama tahu dia berkahwin hari itu dan makan bersuap dengan bangga.


Sang Syaitan bertambah galak gembira ketawa melihat si suami dengan ghairah mencium kepala si isteri tanpa menghiraukan puluhan mata yang menyaksikan adegan sulit ini. Malah bangga pula mengulang adegan ini apabila diminta photographer upahan dari kedai yang berdekatan. Diulang tayang tanpa segan, walaupun si muslimah itu dahulunya terkenal sebagai seorang yang paling pemalu dalam dunia ini.

Sang Syaitan hampir pecah perut suka sambil berguling-guling dengan adegan romantik si suami dan si isteri yang bergambar di tepi pantai, atas pokok, di sawah padi, dalam air, atas katil, tepi rumah dengan pelbagai pose yang
difikirkan menarik. Entah mana silapnya, suara lantang si suami yang beriya-iya mahu menegakkan daulah islamiah dalam liqa dan usrah yang dikendalikannya, langsung tidak berbunyi bila gambar isterinya puas di raba oleh kamera orang yang bukan muhrim. Segala sisi bentuk isterinya habis dilapah oleh si photographer yang kemudiannya menguploadkannya di laman web untuk ditatap oleh seluruh isi dunia.

Sang Syaitan kembali suka kerana berjaya memujuk si isteri yang terkenal dengan kepakaran membimbing usrah dan tamrin serta kuat berdakwah untuk bersolek dengan tebal. Habis hilang prinsip bersolek hanya untuk suami yang dijajanya kesana kemari di alam kampus dahulu. Kening dicukur sedikit, gincu dilanyak atas bibir, eye shadow, blusher, powder, maskara dan segala macam perhiasan bertenggek di mukanya. Itu belum dicampur dengan minyak wangi yang menarik perhatian segala makhluk yang ada di persekitarannya. Bila ditanya mengapa berbuat demikian, jawapan acuh tak acup diberikan.. mak yang suruh.

Itu belum dikira dengan majlis persandingan serta suasana majlis perkahwinan yang begitu mewah dan membazir.

Syaitan kembali tersenyum gembira.

3.0 Gembira bertukar Menyesal


Kadangkala, apabila sudah menjadi kebiasaan kita melakukan sesuatu perkara, tiba tiba datang pula satu peringatan memberitahu bahawa kebiasaan kita itu tidak benar, menyeleweng dan jauh dari panduan agama… kita akan cepat melenting, marah dan menyampah.


Apatah lagi sememangya selama ini terkenal sebagai juru dakwah yang popular. Berceramah pula di masjid dan surau. Maka pasti si juru dakwah itu segera mencari sebanyak mungkin kitab dan dalil untuk menghalalkan kebiasaan yang dia
lakukan itu. Ahh.. mana boleh pendakwah seperti aku ditegur, malulah aku.

Maka dicapailah Mr Google mencari dalil menghalalkan perbuatannya. Bila tidak bertemu, dicarikan pula pendapat-pendapat yang ‘gharib/asing’ walaupun dari sumber-sumber yang tidak diyakini, asalkan mampu untuk menjadi hujah pelepas dari teguran yang diberikan.


Janganlah bersikap demikian ya akhi wa ukhti. Renungkan seketika majlis perkahwinan itu. Benarkah itu majlis yang dirahmati Allah ataupun dibenci oleh Allah. Jawablah dengan hatimu berpandukan kepada Nas yang benar lagi sahih.
Sengaja tidak ditaburkan dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah dalam artikel ini (walaupun dalilnya terlampau banyak) supaya anda dapat menilai dengan penuh berhati-hati majlis pernikahan itu dengan hati nuranimu yang suci itu.

Jangan sampai pada suatu hari nanti, kegembiraan yang dinikmati bertukar menjadi satu penyesalan yang tidak terperi. Tetkala seluruh harta, sahabat handai dan kaum keluarga tidak lagi mampu menjadi pendinding dan hujah bagi dirimu… yang ada hanyalah iman yang senipis bawang itu. Mampukah untuk menepis dosa bertimbun yang tiba kerana kealpaan mengikuti arahanNya di hari pernikahan tersebut?

Ingatlah kembali firman Allah dalam Surah Syuaara ayat ke 88 : iaitu di hari dimana tidak berguna harta dan anak-anak.


Adakah berani kita berbetah pada hari tersebut dengan hujah yang rapuh seperti mengatakan terpaksa mengikut permintaan ibu dan ayah , kaum kerabat serta sahabat handai, walaupun kita tahu permintaan untuk bersolek tebal, bersanding di hadapan orang ramai, adegan mencium, bergambar dengan posing-posing yang sulit, itu semua jauh dari panduan Islam. Namun, jika anda yakin mampu berhujah dan memberikan alasan di hadapan tuhan Rabbul Jalil, silakanlah melakukannya. ..


4.0 Penutup


Tugas seorang pendakwah ialah menyampaikan ilmu yang dipelajarinya untuk kembali kepada Allah. Tidak lebih dari itu. Samada perkara yang disampaikannya mampu mengubah orang yang mendengar dan membaca, itu bukannya kerja pendakwah. Itu kerja Allah.


Jangan pula timbul celaan dan kata nista selepas ini kepada orang yang menyampaikan seruan Islam ini, hanya kerana terkena pada batang hidung sendiri. Apatah lagi mengherdik dan memerli dengan kata-kata yang pedih lagi menyakitkan
seperti , “Ko tak menikah lagi, bolehlah sembang. Tengok ar nanti bila ko kahwin…Macamana pula gayanya!” sambil tersenyum sinis bercampur geram.

Dan jangan pula bertindak mendoakan agar si pendakwah turut terjerumus dalam dosa yang sama supaya bila si pendakwah itu terbuat dosa yang sama, maka bolehlah diejek dan ditempik sekuat mungkin hingga di dengar seluruh penghuni dunia ” Ceh, cakap orang lebih, kau pun sama aje!” dan berlalu dengan perasaan puas dan gembira…. kerana dendamnya telah berbalas.


Sesungguhnya, Aku hanya menyampaikan peringatan dari Allah dan risalah-Nya. Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya baginyalah neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.

(Q 72 : 22)

Khamis, 9 Jun 2011

Kesyukuran

Assalamualaikum...

setelah lama tidak ku update blog ini..alhamdulillah setelah hampir 2 tahun setengah menghabiskan liku-liku membuat research akhirnya hampir jua ke pengakhirannya..lagi 4 bulan untuk tarikh viva. insyaAllah minggu depan boleh laporkan diri untuk mula bekerja...alhamdulillah


apa yang saya ingin kongsikan, pengalaman sepanjang menyambung pengajian ni banyak yang manis dan tak kurang juga yang mencabar kesabaran dan kekuatan diri, namun begitu semua pengalaman inilah yang mengajar saya untuk menjadi manusia yang lebih berkeyakinan, yang paling penting ilmu yang diperolehi itu mampu membuat kita lebuh kenal dan dekat dengan Tuhan. tapi kan saya bukan mengaji agama, camne nak kaitkan tu kan..takper kita sambuang lain kali..

salam jumaat, banyakkan berdoa...

Khamis, 10 Mac 2011

Untuk yang bergelar Bujang

Sebuah karya yang sesuai untuk semua.. bagi yang bujang, boleh mengambilIq'tibar.. bagi yang belum dan bakal berkeluarga, boleh belajar, bagi yangberkeluarga, perlu mengajar...

Untuk suami... .

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia.Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah tidaklahsetaqwa Aisyah pun tidak setabah Fatimah. Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punyaCita-cita menjadi solehah...

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama

Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya,

Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya,

Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya,

Isteri adalah murid kamu mursyidnya,

Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya,

Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya,

Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya,

Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya..

Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah SubhanAllah Wa Taala. kerana memilikiisteri yang tak sehebat mana, Justeru kamu akan tersentak dari alpa.Kamu bukanlah Rasulullah Salawatu Alai Wasalam?..Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin.

Untuk isteri pula... .

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsiaSuami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad Salawatu Alai Wasalam?..Tidaklah setaqwa IbrahimPun tidak setabah Ayyub atau punSegagah Musa.. apalagi setampan YusufJusteru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punyaCita cita membangun keturunan yang soleh...

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama

Suami menjadi pelindung kamu penghuninya,

Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya,

Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya,

Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya,

Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya,

Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya..,

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swtKerana memiliki suami yang tak segagah manaJusteru kamu akan tersentak dari alpaKamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjagaPun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsaraCuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin...

Justeru itu wahai para suami dan isteri. jangan menuntut terlalu tinggiseandainya diri sendiri jelas tidak berupaya

Suami & isteri ingatlah:

Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidaksemulia RasulullahTidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidaksehebat SulaimanMengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih taksetulus ZulaikhaTidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuatHajar dan Sarah..



Sekian wassalamu..
ukhwah.com

Jumaat, 25 Februari 2011

Kek coklat tanpa telur

Assalamualaikum..

berkongsi resepi pulak kita hari ni, saya ni memang suka makan dan suka masak, tapi selalunya masa jer tak de nak masak memasak ni..isk alasan jer tu..tapi takper, kumpul jer dulu resepi2 yang menarik, mana tau suatu hari nanti tergerak ke nak cuba..apepun kepada yang lain selamat mencuba


BAHAN:

240gm/ 2 cwn bumbun tepung gandum

360gm/1 1/2 cwn gula halus (ikut manis)

5 camb penuh serbuk koko - (ina guna 3 camb je sbb tak nak gelap sgt)

2 camt baking soda - (ina guna sudu KFC)

2 camt baking powder " "

1 camt garam " "

160ml/2/3 cwn minyak @ planta cair (boleh campur kedua2nya)

2 camb/3 cams cuka makan

2 camt esen vanilla

3 camb susu pekat/tepung

1 1/2 cwn air paip (ikut pekat mcm buat kek - turun mcm minyak apabila diangkat)

* NOTA: cuka digunakan utk tindakbalas dgn soda supaya naik mengembang kek tu...

CARA:

1) Dlm mangkuk, masukkan semua bahan kering (tpg, gula, koko, soda, b.pow n garam). Gaul rata.

2) Kemudian + minyak, cuka, vanilla, air (sikit2) dan gaul sebati.

3) Masukkan ke dlm loyang yg telah dilengser.

4) Bakar dlm periuk bingka/oven pd 180'c selama 45 min @ smpi masak. Test dgn lidi..klu melekat maknanya tak masak lg.

HIASAN: Tabur dengan choc rice @ ayak gula icing.

NOTA: Biar semalaman lg sedap n moist!

KEK COKLAT TANPA TELUR yg dibakar dlm periuk bingka.
KEK COKLAT tanpa telur.

sumber: facebook (Rohaslina Ina)

Isnin, 3 Januari 2011

MUTIARA KATA


Daripada Ali bin Abi Talib r.a berkata : Rasulullah S.a.w bersabda: “ Ilmu itu seperti gudang, dan kuncinya adalah bertanya. Maka hendaklah kamu sering bertanya semoga kamu diberi rahmat oleh Allah Ta’ala. Maka sesungguhnya daripada pertanyaan itu diberi pahala akan empat orang. Pertama orang yang bertanya. Kedua guru yang menjawab. Ketiga orang yang mendengar jawapan itu. Keempat orang yang cinta kepada mereka”.


Hidup tdk blh brpndukn prasaan hati yg kdgkala blh mnjahanamkn diri sndiri.Prkara utama harus kita fikirkn ialah menerima sesuatu atau mmbuat sesuatu dgn baik berlandaskn kenyataan


Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya. Siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya. Siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak, sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)

Masyarakat adalah gambaran syurga & neraka kita kelak..Kalau baik hubungan kita dgn masyarakat maka syurgalah milik kita, kalau buruk hubungan kita dgn mereka maka nerakalah tmpat kita..sebab tue jgn suka cari pasal dengan org..n jgn suka cari kesalahan org lain.. apa salah berbaik sangka sesama kita.. " Petikan kalam Syaikhuna Murabbi Dr Yusri Rushdi hafizahullah"

Tiga perkara yang meningkatkan kemuliaan 1. Memaafkan kesalahan orang lain dan menghapuskan bekas-bekasnya 2. Memberi sesuatu kepada orang yang tidak pernah memberinya sesuatu 3. Menyambung silaturrahim dengan orang yang memutuskan hubungan silaturrahim dengannya.

Jumaat, 24 Disember 2010

Hijrah

Assalamualaikum..
Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia jua izinnya tika dan saat ini kita masih lagi diberikan dua nikmat yang paling besar, aitu nikmat iman dan islam...


sedikit perkongsian ilmiah daripada kuliah yang saya hadiri malam semalam, tentang hijrah Nabi Muhammad S.A.W..semasa hijrah Nabi terdapat segelintir kaum muslimin yang tidak dapat menyertai hijrah yang terdiri daripada orang-orang tua, kanak-kanak dan orang yang tidak upaya....mereka ini berdoa dimana doa mereka Allah makbulkan kerana mereka adalah dikalangan orang-orang yang dizalimi oleh kaum kafir di Mekah..diantara Doa mereka adalah untuk memberikan merekaseorang Wali/pemerintah yang dapat memerintah dan melindungi mereka dengan adil, peristiwa ini berlaku pada tahun ke-6H.

Allah makbulkan permintaan mereka pada 8H, dimana berlakunya peristiwa pembukaan kota Mekah yang mana terjadinya perjanjian Hudaibiyah diantara orang-orang musrik dan muslim. banyak rentetan-rentetan yang berlaku sebelum tercapainya perjanjian Hudaibiyah, dimana ianya bermula dengan Bai'ah Ridwan dimana orang2 musrik telah menaham saidina Umar yang telah menjadi utusan orang-orang muslim yang ditahan, kedengaran khabar angin bahawa saidina Umar telah dibunuh, mendengar khabar begitu orang-orang muslim berjanji taat setia untuk sama-sama mati syahid seperti mana Umar, mendengar perkhabaran tersebut menyebabkan timbul gentar di hati-hati pihak musuh dan terjadilah perjanjian Hudaibiyah...

Saidina Ali telah menjadi jurutulis untuk perjanjian tersebut, maka menulisla Saidina Ali dengan permulaan "Dari Muhaammad Rasullullah" namum permintaan itu telah dihalang oleh pihak musrik supaya menulis sahaja "Muhammad ibni Abdullah" mereka kata jika menulis begitu seolah-olah mereka menerima Muhammad sebagai Rasullullah tapi sedangkan mereka adalah menentang Nabi, Nabi S.A.W menerima permintaan mereka, didalam perjanjian tersebut banyak berlakunya perjanjian yang berat sebelah dan lebih memihak kepada pihak musrik, namum semua itu dipersetujui oleh Nabi..Ramai sahabat yang kurang berpuas hati, namun dijelaskan kembali oleh nabi, walaupun perkataan Rasullullah tidak tertulis didalam perjanjian tersebut aku tetap Rasullulah utusan Allah, dan penjelasan nabi berkaitan yang terdapat didalam perjanjian..

rasanya cukupla dulu perkongsian pada hari ini..penat nak menaip, andai mana2 fakta yang tidak benar, harap dapt memberi teguran untk penmbahbaikkan insyaAllah...