Jumaat, 30 April 2010

Mendengar Perlukan Kemahiran


Assalamualaikum...

ish betul ker tajuk diatas?? mendengar pun perlukan kemahiran?? macam mana tu..kita selama ini menyangka kita adalah pendengar terbaik kepada suaminya mahupun isterinya..anak-anaknya mahupun sesiapa sahaja...kerana dengan salah pentafsiran dan kesilapan mendengar mungkin ape juga masalah boleh timbul..tak percaya?? mari kita bincangkan...hehe macam teror jer minah ni nak berbingcang benda-benda camni...

tak cuba tak tahu kan?? penulisanla khazanah ilmu yang boleh kita tinggalkan, serupa juga dengan Al-Quran diturunkan, sewaktu nabi hidup Al-Quran tidak dibenarkan untuk dicetak kerana takut tersalah diantara ayat Al-Quran denagan Hadis nabi, selepas kawafatan nabi, melihatkan kepada ramainya para huffaz Al-Quran yang meninggal dunia, usaha untuk membukukan Al-Quran dimulakan di zaman khlalifah Ar-rasyidin, hinggala kehari ini kita masih mengamalkan isi pati Al-Quran yang tulen sejak dari Ianya diturunkan..Subhanallah..

berbalik kepada persoalan asal.iaitu kemahiran mendengar..ada beberapa kategori yang boleh diketengahkan:
1) BUAT TAK DENGAR kemahiran ini mudah sahaja nak dipraktikkan, bila orang cakap kita buat tak dengar jerla, confirm lepas ni anda tidak lagi dijadikan orang yang bolh mendenagar permasalahnnya



2) BUAT-BUAT DENGAR - ini pun jadi masalah jugak, buat-buat dengar, wahlal tak dengar dengan betul dan teliti, orang jenis in bukanla pendengar yang baik tetapi adalah seorang yang hipokrate


3)DENGAR APA YANG MAHU DIDENGAR SAHAJA - jenis pendengaran biasnya orang yang sibuk memanjang la kot. contohnya bila suami isteri berbincang masalah keluarga, biasalah orang perempuan ni bila bercakap nak sampai ke maksud sebenar tu ada mukaddimahnya yang panjang, bagi suami yang mungkin boring nak mendengar mesti tanya "awak nak ape sebenarnyer ni" isteri : ehm..susu anak habis" sebenarnya kaum wanita ni bukanla yang jenis nak orang tolong selesaikan masalah dia, cuma dia nak orang dengar jer masalah dia, tak tolong ape2 pun tak pe, tolong dengar dah cukup baik bagi kaum wanita..dah rasa lega sangt..



ehm tu sahaja dulu, insyaAllah kita sambung dimasa akan datang~, kepasa para pekerja, selamat hari pekerja


~sampaikanla walau satu ayat~



Selasa, 27 April 2010

Bicara LArut Malam

Assalamualaikum....
Lama dah tak singgah diblog ni, terasa nak update, tapi kekeringan idea untuk menulis..hujung minggu yang lepas alhamdulillah berpeluang berjumpa dengan sahabat dan mas'ulah dari perlis, jadi berkelanalah saya sampai ke Gombak hari tu, dengan lansung tiada pengetahuan arah tuju kesana alhamdulillah akhirnya sampai juga tempat tujuan, insyaAllah lepas ni tak de masalah untuk sampai ke gombak dah, sejak berkereta ni saya banyak menyahhut cabaran untuk jadi driver ke tempat2 yang tak pernah saya sampai, bukan ape..time ni la nak belajar kenal jalan...dan yang lebih penting lagi belajar untuk menjadi pemandu yang lebih bersabar dan berhati-hati..


Dari gombak, kam bergegas ke TTDI, satu lagi tempat yang saya tak pernah pun sampai sebelum ni, hanya mendengar nama tempat jer, program dijadualkan bermula jam 2, tapi kerana program digombak habis agak lewat, terpaksalah saya "drift"ke TTDI..alhamdulillah perjalanan lancar dan tidak tersasar sedikit pun, atas keyakinan dengan niat yang baik pasti Allah memberi kita jalan..alhamdulillah sampai ke tempat program penceramah tak sampai lagi, mungkin rezeki kami Allah bagi peluang untuk dengar pengisian hari tu

Ehm..pengisian yang sangt bermanfaat dari ustaz hasrizal, seminar pendakwah muda, antara intipati yang dikongsi ialah tugas berdakwah, cabaran dan halangannya...antara yagn boleh dikongsi adalah kemahiran mendengar..ramai orang boleh bercakap, tapi kurang orang yang boleh mendengar, kerana bila kita mendengar sahaja, terasa macam kurang jer ilmu didada ni, tetapi inilah hakikatnyer manusia, yang banyak bercakap tula yang dikatakan hebat dan berilmu, jika lihat keagungan Allah didalam penciptaan manusia, Dia menciptakan manusia dengan dua telinga untuk lebih mendengar berbanding satu mulut untuk kurangkan bercakap..




(gambar: sekadar hiasan)

Sebenarnya banyak lagi yang hendak dikongsi, tetapi mata tak tertahan lagi untuk ditahan, insyAllah sambung dilain entry jika berkesempatan..

~Sampaikanlah walau satu ayat~