Rabu, 17 Februari 2010

Peringatan Rasulullah untuk Wanita

Wanita apabila ia bersembahyang lima waktu, puasa sebulan ramadhan, memelihara kehormatan serta taat akan suaminya, maka masuklah dari mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki (riwayat Ahmad, Ibnu Hibbam Thabrani , & Anas b Malik)

Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar, mendongaklah syaitan memandang akan dia (riwayat tarmizi)
Dikahwini wanita kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, kerana agamanya, maka carilah yang kuat agamanya nescaya kamu bertuah (Riwayat Bukhari)
Dunia adalah sebaik-baik perhiasan, dan sebaik hiasan adalah wanita (isteri) yang solehah (Riwayat Muslim)
Apabila lari wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf) ( riwayat Hassan)
Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah umpama gelap gelita pada hari kiamat, tiada nur baginya (Riwayat tarmizi)
Mana-mana wanita yang memakai bau-bauan, kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumannya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina (Riwayat Ahmad, Tabrani dan Hakim)
kamu sekalian adalan pemimpin dan kamu masing-masing akan ditanya tentang mereka yang kamu pimpin, Raja pemimpin kepada keluarganya, dan isteri pemimpin rumah tangga suaminya dan anak-anaknya. Maka kamu sekalian pemimpin dan akan bertanggungjawab atas kepimpinanmu (Riwayat Bukhari dan Muslim)
SYurga itu terletak dibawah tapak kaki ibu (Riwayat Imam Ahmad)
Wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak, haramlah baginya bau syurga (Riwayat Abu Daud, Tarmizi)
Wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha kepadanya, nescaya masuk ia kedalam syurga (Riwayat Tarmizi)
~sumber - Majalah Anis~
Assalamualaikum.
sungguh lama tak update blog ni, sejak sibuk turun site menbawa ke cuti CNY, memang lama. Alhamdulillah sebahagian kerja yang saya rancang sedikit terlaksana, walaupun banyak halangan dan dugaan, walaupun masih banyak lagi, namun yang sedikit tu sudah cukup untuk melegakan dan mengurangkan beban dihati ni....



tak tau nak kongsi pasal ape, tapi nak share sedikit tentang IID 2010 yang berlansung january yang lepas, alhamdulillah sekali lagi kemenangan memihak kepada kami, berjaya menggondol pingat Emas, insyaAllah mungkin keperingkat yang seterusnyer, bukan kemenangan yang saya banggakan, tetapi pengalaman yang tidak mungkin terbeli dengan wang ringgit yang sangat2 saya hargai, pengembangan idea dan mematangkan diri sendiri khususnya diadalam dunia pendidikan...


ni serba sedikit gambar yang boleh dikongsi..
SEKIAN