Isnin, 23 November 2009

Kembara Ke Perlis

Assalamualaikum..


alhamdulillah segala puji bagi Allah yang mengizinkan saya untuk menjejakkan kaki ke bumi bertuah perlis dan jua dengan izinNya saya kembali ke shah alam dalam keadaan selamat pergi dan balik..


Perancangan awal untuk turun ke Perlis adalah sebagai memenuhi undangan walimah adik kesayangan ku ini, Muhaini..Alhamdulillah selamat sudah pun adikku bergelar seorang isteri, Akak doakan semoga dirimu tabah dalam mengharungi pahit getir didalam membina bahtera rumahtangga..
just nak citer pengalaman sket, antara aktiviti yang sempat dilakukan....


Day 1 (Jumaat @ 3 Zulhijjah)

Perjalanan ke Perlis dari Shah Alam memakan masa kira2 5 jam, alhamdulillah akhirnya selamat sampai di stesen Kangar dan sahabat yang sangt baik hati ni sudi untuk menjemput saya dikala keheningan dan kesejukan pagi sangat mencengkam waktu itu, terasa lama sangat tidak berjumpa dengan sahabat2, terasa ketenangan menggigit tangkai hati tatkala menjejak kaki ke bumi perlis..ehm..tenang sungguh..


Perancangan pagi tu nak sambung tido kejap, yerla tido dalam bas ni manala selesa sangat, tapi disebabkan keterujaan berjumpa dengan sahabat yang lama tidak bersua muka, akhirnya mata yang pada mulanya mengantuk, terasa sangat segar dan bertenaga..ape lagi, kami pun plan breakfast di RFH (Radix Chiken House), khabarnya nasi lemak disana tak menggunakan santan, malah menggunakan VCO (minyak kelapa dara) untuk menggantikan santan, berkhasiat sungguh..so, kawan2 yang tak merasa merasa lagi tu, cuba2 la merasa, tak rugila kalau pegi makan kat RCH tu, gerenti puas hati, insyaAllah


Alhamdulillah kenyang makan kat RCH tu tadi, kembara hari tersebut diteruskan untuk menziarah Mama (panggilan adik2 kampus untuk ketua DMPNP), mama ni tak de rezeki untuk mempunyai anak sendiri, namun Allah gantikan anak2 tersebut dengan anak2 angkat yang sangt ramai untuk mama, n mama tak pernah terkilan dengan ujian yang Allah beri untuk dia, tapi mama ada jaga anak sedara dia sorang ni, kami panggil dia Dik Wan, tengah mengaji di Insaniyyah sekarang ni..kat rumah mama tak la banyak aktiviti yang kami nak buat, sempatla tolong mama masak, pi tangkap ikan, dan tido sat kat rumah mama, ngantuk sangt time tu...yerla sementelah nak tunggu kawan tu nak siapkan jubah dia, kononnya nak guna tuk hari kenduri esok..
Lepas jumaat tu, kami singgah jap kat tapak projek semaian cendawan, projek seorang sahabiah yang bekerja sepenuh masa dengan Jemaah, alhamdulillah rezeki tu tetap ade dan Allah permudahkan jalan bagi dia..macam2 business dia try buat, dari tanaman cendawan, berkembang plak tuk usahakan katering, apepun adikku, akak doakan moga dipermudahkan urusan dan diri mu tabah dalam mengharungi segala ujian didalam hidup ini (cewah! bermadah pujangga plak)
Lepas asar kami teruskan program ziarah ke rumah Akhowat yang ada kat perlis, sempat singgah rumah kak Ros jer, yang lain tak de kat rumah..tapi tak perla, dapt jugak lepaskan rindu dan daptkan sedikit nasihat n yang penting dapat jumpe kak ros balik, teringat time ngajar kat Balai Dakwah 4 tahun yang lepas..masa dapt bergerak dengan kawasan, selalu jer gi saing dengan kak ros, k.ros gi sana saya ikut, dia gi sinun saya tetap ikut dia, senang kata jadi teman setia dia gi mana2 la, tu time dia tak kawin lagi, lepas kawin terus jer dia dok Peneng dan akhirnya sekarang menetap di Perlis...then saya pun sambung study di shah alam..Besar dah anak k.ros, Amira Balqis, pandai pulak tu dah cakap utara, habisla tok dia nanti, balik selangor cucu dia cakap perlis daa..hehe
sambung pulak cerita diwaktu malam, malam tu ade sahabiah yang lain baru sampai, zawani dan zurairah..kami berkumpul diperlis untuk pergerakan pi kenduri keesokan harinya, malam tu Shiken belanja makan dan medan selera, saya order mee udang, ehmm..sedap sangt mee tu, pulak tu udang dia mak aii besar banget..alhamdulillah kenyang dan murah moga murah rezeki orang yang belanja tu..Amin
Day 2 (Sabtu @ 4 Zulhijjah)
nampak cerita ni sangt tak menarik sebab tak de gambar kan, tapi memang tak ambik gambar pun, tak sempat..camera pun dok dalam beg jer, ni la hari yang ditunggu2, kami memulakan perjalanan seusai jam 8.30pg, merancang pegi awal sebab nak kena balik awal, tapi dipendekkan cerita jam 1 petang baru kami sampai ke rumah pengantin, nak kata jauh sangt rumah tu tak la, tapi macam2 jadi dalam perjalanan ke sana, nak cari hadiah la, nak kena ambik sahabat2 lain lagi, last2 petang jugak kami sampai..
alhamdulillah sejuk mata tangok pengantin, ramai yang datang..sesak jugak waktu tu, sementelah pulak tengah hujan dan rumah pengantin betul2 tepi jalan besar, memang agak sesak sedikit, yang nak dijadikan cerita ni pasai kakak pengantin, kawan saya ni kenduri sekali dengan kak long dia, kiranya ada 2 pengantin la, suami adik dia sampai dulu, then kawan saya tu pun keluarla sambut suami dia, tak lama tu pulak kecoh2 dengar suami kak long dia pulak sampai, mulanya kak long tu keluarla, tapi tak lama tu masuk rumah balik, menagis katanyer, kami pun heranla..kenape plak masuk balik, wahlal pengantin lelaki dah tunggu kat luar..rupa2nya orang yang disangka pengantin kak long dia tu bukan pengantin, tapi pengapit kepada suami adik dia..tapi memang tak boleh nak salahkan kak long la, pengapit tu pakai baju macam nak sanding jer, pulak tu warna dah sedondon, mestila orang ingat dia pengantin..aduhai silap pengantin plak, tapi tak lama lepas tu barula pengantin sebenar sampai, bila difikirkan balik, kelakar jugak time tu, kak long dia nangis sebab kena marah dengan sedara mara yang tak tau siapa pengantin sebenar..kalut sebentar waktu tu, tapi akhirnya selamat jugak majlis depa tu..alhamdulillah..
tak habis lagi cerita ni, balik dari Yan (rumah pengantin), kami melencong dulu ke Kuala Perlis, nak menikmati keindahan alam la katakan, ehm..terasa damai sangat kat sana, keadaan angin yang sepoi bahasa, redup dan menyamankan..rancangan awal nak jalan2 jer, tapi tengok ikan2 segar jer kat situ, kami pun apelagi tergerak hati pulak tuk makan kat situ, berbaloi la harga dengan makanan yang kami order, kami order, ikan siakap bakar, tomyam, sayur kailan ikan masin, sotong goreng dan kerang bakar, licin semuanya..puas hati, masakan pun sedap..alhamdulillah kenyang..
ehm..panjang pulak dah..insyaAllah sambung dilain masa selepas raya haji..
SALAM AIDILADHA...

Selasa, 10 November 2009

Jemputan Walimah

Assalamualaikum..
Menjelang jer cuti sekolah, mesti tak lari dari jemputan kenduri kendara...jenputan saya setakat Nov - Dis ni takla banyak sangt..tapi tempat tu jauh2 sangat

15 Nov 2009
Kak Siti Zaleha & pasangannya..kak leha ni sekampung ngan saya, dulu kami sekolah agama petang sama2, bukan sekelas tapi sebelah kelas..n kelas kami tu dipisahkan dengan devider kayu jer, time tak der kelas habis bercampur dua kelas tu..bising tak tau nak cakap la, kami jadi rapat sebab dia ni adik angkat arwah abang saya, insyaAllah minggu ni nak tak nak kenala balik kg...

21 Nov 2009
Muhaini & pasanagnnya, adik yang saya kenal rapat sejak dari arau lagi, kenduri kat Yan, insyaAllah mungkin akan sampai jugak ke majlis tu nanti, sebab dah lama simpan hasrat tuk turun ke Perlis..so sekali dengan kenduri tu bolehla jalan2 ke perlis..rindu pada sahabiah2 disana...


30 Nov 2009
Mohd Azali & pasangannya..ni pulak rakan sekelas, pendiam orangnyer..first time dengar dia cakap nak kawin, saya tak percaya sangt..bukan ape pendiam sangt, sampai time tu saya tanya banyak kali, betul ker mu nak kawin??, dia plak buat muka nak meyakinkan, tu yang kena tanya banyak kali, alhamdulillah dapat sekampung, kelantan jugak..tapi sebab jauh sangt ni, dan dekat dengan raya korban mungkin tak dapat nak pergi, tapi tak pe zali, doa kami sentiasa mengiringi...

5 Dis 2009
Hazaliana & pasangannya- haza ni pulak kawan masa sama2 kat S.A.M.T.S.S.A.A.S, kami duduk sebelah menyebelah masa form 4, nakal orangnya, kalo tak sabar jangan layan dia..heheh, jangan marah yer haza, tapi terror bahasa arab, teringat time ambik SMA (sujil menengah agama), banyak belajar b.arab dari makcik ni la, tapi takla sebagus yang dia dapt, tapi alhamdulillah, ok jugakla..kenduri dia ni kat batang kali, insyaAllah tak de aral mungkin sampai ke majlis dia nanti
6 Dis 2009
tarikh ni bertembung plak dua orang, tak taula nak pegi yang mana satu
1- kak Ila & pasangan..k.ila ni assistant lab photo, kalo budak2 geomatik mesti kenal punyer..kat meru.dalam perancangan nak pegi tapi mungkin petang sket sebab nak gi kenduri yang satu lagi dulu
2- Hidayah & Farid..ni la geng saya masa sekolah menengah (form 1 -form 3)kami gelar group kami "8 genius group" sekarang ni 4 married, 4single..saje jer time tu, kami lebih berlumba2 dalam study n jugak kuat mengusik orang..tu dulu, sekarang dah kurangla..hehe, dah pegi time nikah hari tu, tapi sebab ade hubungan sedara yang agak kuat, nak tak nak kena gi jugak menjengah sekejap, tak rugi kalo gi, sebab dapat berkumpul dengan kawan2 lain, kira gathering sekali la time tu..
12 Dis 2009
Syafa & pasanagan- ni jugak adik yang kenal masa kat arau dulu. kenduri kat kuantan, insyaAllah syafa kalo ade kawan akak turun, jauh jugak tu..tapi sebab tak pernah sampai lagi ke daerah kuantan tu, mungkin satu ziarah gak..kan jauh perjalanan luas permandangan....
19 Dis 2009
Emiziliana & pasangan - emy pulak ex rakan sekerja time di geomatika kolej dulu, baru jer dapt jemputan semalam, emi ni la yang urus pasai gaji dan duit kat kolej, so kalo lambat dapt gaji tnayer la kat dia, dia mesti tau..alhamdulillah akhirnya kawin jugak emi ek, bukan ape time dia tunang dulu dia macam tak percaya nak kawin..emi pulak kat johor, kalo ade konvoi dari kolej beramai2, saya nak join ek..
k setakat ni, ni jerla jemputan yang mendatang, buat semua yang bakal mendirikan rumahtangga saya doakan moga kebahagian yang dibina kekal dan berpanjagan hingga ke hujung usia, serta melahirkan anak2 yang soleh dan solehah.juga hubungan yang bakal terbina mendapat redha Allah.Amin

Isnin, 2 November 2009

S.A.M.T.S.S.A.A.S

Assalamualaikum..

ehm tu la nama sekolah saya dulu (form 4- form 5)...banyak kenangan suka duka yang tersemat kukuh didalam ruang ingatan..(chewah..bersastera plak).

(ni la sekolah kami -samtssaas)

sekolah yang saya idam2kan sejak dari darjah 5 lagi, tapi mungkin tak der rezeki nak kesana memandangkan result SPRA waktu tu tak mencecah 85%..so, sementara nak kesana saya singgah kejap kat SAMBT..yang nak kata jauh tak la sangt, nak kata dekat pun tak la dekat sangt dari rumah..tapi yang menjadi kenangan masa sekolah kat sini ialah pengangkutan..van yang sendat macam sardin, sabau jerla, tapi demi tuk kesekolah n tak de pilihan lain waktu tu..naik jerla..tapi seronok gak, naik ramai2 pastu buat macam2 aktiviti n banyak hal yang berlaku.. van rosakla..enjin panas la, tapi nak kata mungkinla keajaiban..time rosak selalunya time dalam perjalanan balik, time pegi takla pulak dia nak rosak..kalo tak, boleh kami ponteng hari tu....

(pintu gerbang sekolah)
then bila masuk form 4 & form 5, barula dapt tawaran continue kat SAMTSSAAS dalam aliran sains, time tu tak ramai student baru dalam kelas kami, mostly semua budak lama..n kat sekolah ni first time merasa dok asrama, asrama kami tu asrama berhantu, banyak la kisahnya, kita cerita lain kali la ek..kalo nak cerita tak cukup sehari..kelas kami (4 sc 1) ni cikgu2 panggil kelas mayat, sebab terlalu sunyi sangt, sunyi bukan tak de orang yer, penuh orang dalam tu,tapi senyap sangt, kalau peniti jatuh pun boleh dengar..n setiap kali cikgu nak masuk, depa akan jenguk2 kepala kat pintu belakang dulu...time tu saya duduk paling dekat dengan pintu belakang, so, selalunya saya la yang nampak cikgu ni dok menjenguk2..cikgu selalu tanya..ade cikgu ke??, saya pun selalu jawab: "tak de cikgu..masukla cikgu.."

lepas masuk tu dia cakapla, korang ni senyap betulla, aii senyap pun salah ke cikgu???hehe..kami ni senyap bukan wat pe pun.selain kusyuk tido, ada gak yang kusyuk termunung..tu yang jadi sangt senyap, sebab kalo nak sembang pun kena bisik2..kalo tak nanti ade orang marah n jeling kami kat belakang..so malu nak kena marah kami pun senyap jerla, kalo tk study tido, kalo tak tido study..tapi tido lagi banyak dari studyla...maklumla dok asrama tu time sangt pack, terkejar2 nak kejar masa..so time tidur yang sesuai adalah didalam kelas...





ni plak kunci yang paling besar dalam sekolah kami, kekat daerah sabak bernam tu, ke kat selangor, ke yang terbesar kat malaysia, tahla tak taula plak..kalo terbesar kat malaysia mesti dah masuk MBOR (malaysia book of record ) kan..sebenarnya kalau tengok dari bawah tak nampak pun bantuk kuncinya, tapi disebabkan kami ni duk tingkat yang paling atas tu boleh nampak...mungkin nila kunci2 kejayaan yang kami kena raih, maksud simbolik kenape landscape tu berbentuk kunci..mungkin..

ni plak satu2nya bus yang ada time saya kat sekolah tu...bus yang banyak berjasa, yang kami naik time nak pegi outing, selalunya kami outing 2 minggu sekali, bergilir dengan pelajar lelaki...tempat yang kamu pegi selalunya pasar jumaat kat pekan sabak tu, yerla sekali sekala nak jugak tukar selera makan makanan lain, asyik makan makanan dining jer, naik bosan jugak..

apa yang menarik kat sekolah ni, ialah walaupun kami form 5..kami tak dikira senior, sebab ada pelajar upper n lower 6, abag2 n kakak2 ni sangat mantap, teringat masa saya first time datang sini, kagum dengan susasana penuh keislaman yang ada disekolah ni, time magrib hari2nya terisi dengan kuliah2 yang mantap dari abg2 STAM, dan jugak usrah2 yang hidup, time perhimpunan tazkirah dari pada student sendiri n.jugak semestinya abg2 upper 6 yang sangt sedap mata memandang..hehe, gurau jer..biasanya abg2 n kakak2 yang islamic ni tunggu turn nak ketimur tengah jer, depa ni la yang banyak menghidupkan suasana, pernah satu ketika dulu, depa beramai2 pergi ke mesir sampai terasa sangt perubahan suasana kat sekolah..terutamanya aktiviti kat surau, kurang dah zikir2 yang merdu didengar, n pengisiannya juga semakin kurang menyengat....ehm..rindunya suasana tu..kalaula dapat diputar kembali waktu, nak jer kembali ke waktu dulu....

ehm.. cukupla dulu untuk entry kali ni..cuma terasa nak mengimbau balik kenangan dulu...kisah suatu masa dulu...SEKIAN