Jumaat, 29 Januari 2010

Assalamualaikum..

Lama sungguh tak dapat nak update blog ni, baru jer kembali sihat dah segar, demam 2 minggu..ingatkan kejap jer boleh baik, tu macam malas jer nak jumpe doktor, tapi bila dah melarat ke minggu kedua baru la sibuk nak jumpe doktor..Alhamdulillah demam biasa jer, mungkin perubahan cuaca yng tidak menentu sekarang ni..

lepas balik cari pusat kesihatan, terdengar pengumuman pasal jangkitan denggi yang semakin berleluasa disekitar sek 7 dan kampus shah alam, sebanyak 77 kes denggi sedang melanda, time2 ni teringat kisah lalu bila kena demam denggi, yang pernah rasa jer tahu betapa peritnya nak tanggung. apepun kawan2 ambillah langkah2 pencegahan dari merebaknya wabak denggi, tapi shah alam memang top cases tentang denggi ni, tak sape boleh lawan, maybe sebab sistem perparitan atau mungkin kawasan yang padat, jadi sistem pembuangan sampah tidak teratur dan meyebabkan ianya menjadi tempat pembiakan nyamuk.."MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI"

k la kat sini nak share sedikit ilmu yang saya dapat semasa menghadiri kuliah mingguan di sekitar shah alam. kisah 7 golongan yang mendapat perlindungan Allah:

1) Pemimpin yang adil, pemimpin yang mengikut syariat islamiyyah yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah

2) Pemuda pemudi yang membesar didalam keadaan beribadah kepada Allah, yang tidak mensia-siakan masa mudanya dengan perkara yang tidak mendatangkan kebaikan

3) Seseorang yang hatinya terikat kepada masjid. diantara tempat2 yang menjadi sumber ketenangan kepada kita ialah masjid, jika kita lihat dahulu madrasah Nabi didalam mendidik sahabat2 adalah didalam masjid, dan binaan yang mula2 dibina disesuatu tempat yang baru ialah masjid

4) 2 orang yang berkasih sayang, bertemu dan berpisah kerana Allah

5) Seorang lelaki yang apabila didatangi seorang wanita yagn mempunyai kecantikan, kedudukan yang mengajak kepadanya membuat kemungkaran, lalu ia menyatakan "Aku takutkan Allah"

6) Orang yang bersedekah tetapi menyembunyikan sedekahnya, sehinggakan tangan kirinya pun tidak mengetahuinya.

7) Seseorang diwaktu yang sunyi yang mana ia ingatkan Allah sehingga mengalir air matanya.

ok itu sahaja perkongsian kita untuk hari ini, insyaAllah kita sambung dimasa yang lain dan dihari yang lain..jazakallah

~ Sampaikanlah Walau Satu Ayat~


Ahad, 3 Januari 2010

Perginya 2009, Menjelmanya 2010


Assalamualaikum..

Tidak terlambat lagi untuk saya ucapkan selamat menyambut tahun baru, ucapan tahun baru diterima sana sini, tetapi pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri..apakah yang kita faham dengan peredaran hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun..tidak dinafikan ada yang gembira, tak kurang juga yang bersedih..
2009 ~~~2010

yang paling jelas dengan pertambahan waktu adalah makin hampirnya kita dengan waktu dan detik kematian kita, semakin hari kita semakin menghampiri waktu untuk bertemu dengan Allah, namum persoalannya..cukup bersediakah kita untuk bertemu dengan Allah, cukupkah amalan kita selama ini untuk dipersembahakn kepada pencipta kita, sejauh mana ketaatan kita dalam menjalani perintah Allah, dan sejauh mana kemaksiatan yang telah kita lakukan pada kala dan waktu ini..tepuk dada, tanyalah iman kita..

2009

3 hari sudah 2009 meninggalkan kita, tetapi kenangannya masih terngiang diruang ingatan, sepanjang tahun 2009, banyak kenangan suka duka yang saya lalui..bermulanya awal 2009 saya menekatkan diri untuk menyambung study walaupun persekitaran sangat tidak memberangsangkan, ramai jugak yang mengatakan waktu tu, "belajar tinggi2 kang tak de orang nak masuk minang" terfikir jugak "ehm..betul jugak tu"..tapi saya percaya dan yakin tiap sesuatu yang Allah aturkan tu ada hikmahnya, dan saya teruskan jugak niat untuk sambung pelajaran disamping bekerja secara sambilan untuk menampung kehidupan, walaupun hati ini kadang2 dirusuh dengan persoalan2 diatas, namun tidak henti ku berdoa untuk Allah tetapkan dan kuatkan hati ini..teringat kata2 Dr Aidh Abdullah Al- Qarni "jika kita rasa terusik dan terpengaruh dengan kritikan dan cemuhan orang lain, maknanya kita telah meluluskan keinginan mereka untuk mengotori dan mencemarkan kehidupan kita.. yang terbaik ialah kita menjawab dan membalas kritikan tersebut dengan menunjukkan akhlak yang baik"


Hari demi hari.. sedikit demi sedikit saya diperlihatkan dengan segala hikmah diatas perkara yang berlaku..Alhamdulillah

(sebahagian drpd anak2 murid)


2009 juga saya mengajar disebuah kolej swasta, disana mengajar saya banyak tentang erti kehidupan, disanalah saya belajar lebih untuk mengenali siapa lawan dan siapa kawan...banyak pengalaman berharga baik yang positif mahupun negetif yang boleh diambik ikhtibar dan dijadikan satu pengalaman yang berguna dalam hidup saya kelak, insyaAllah....

2009 juga mencatatkan sejarah, saya masuk belajar sepenuh masa sebagai seorang pelajar..duduk sehari semalam didalam bilik mengakaji, membaca dan menganalisis segala permasalahan yang berkaitan...pening, tertekan, rasa sangt putus asa, bermacam2 rasa boleh saya adun sejak duduk kat sini..baru sekarang saya merasakan kegetiran buat research sorang diri..huhu, rasa yang tak dapat nak digambarkan melainkan orang tu merasakannya sendiri, namun apepun perjuangan tetap diteruskan..semua perasaan tu datang menyinggah sekali sekala dan bersifat sementara jer dan membuat saya seorang yang lebih tabah dan matang, semua tu mungkin tarbiyah dari Allah untuk membentuk hambanya dan membuatkan saya lebih dekat kepadaNYA...

Alhamdulillah pada 2009 juga saya diberikan kelapangan rezeki oleh Allah untuk memiliki kenderaan sendiri yang mana memudahkan lagi untuk saya menyiapkan dan menghabiskan study saya..

ehm..rasanya tula perkara2 besar yang saya boleh kongsi kan....ade banyak lagi, tapi tu semua koleksi peribadi yang saya kunci rapat disuatu sudut jauh didalam hati (jiwang plak dah...hu2)

2010

datangnya 2010 bersama azam baru yang dirangka..tetapi untuk tahun 2010 hanya ada 2 misi besar yang akan saya usahakan sungguh2, tapi mintak maaf malu plak nak share disini, takperla mungkin bila misi tersebut telah saya capai akak saya ceritakan...insyaAllah

mohon untuk kalian mendoakan dipermudahkan urusan dan apa yang kita buat ini mendapat redha Allah...tu yang paling penting...

SEKIAN, WASSALAM...