Selasa, 15 Disember 2009

Kembara ke Perlis - Siri Akhir

Assalamualaikum..


lama sudah tak update dalam blog ni, bukan kesibukan yang melanda, tetapi kemalasan yang subur didalam jiwa...astaqfirullah..


teringin nak sambung entri kembara diperlis, tapi macam dah basi jer kan cerita tu..

tapi tak pela sambung sket2, perancangan nak balik hari sabtu tu jugak, kena postpone jugak sebab ade orang tak bagi balik, tapi tak perla banyak hikmahnyer..

pagi ahad tu sepagi dengar kuliah bulanan di Surau Taman Jali, alhamdulillah banyak pengisian yang saya dapat, ade dua slot yang berbeza, pengisian pertama menceritkan tentang bagai mana kita hendak membina keyakinan didalam diri, terutamanya keyakinan dan kepercayaan @ akidah kita kepada Allah s.w.t...banyak isu yang dikupaskan cara bagaimana n kenapa pentingnya keyakinan kita kepada Allah, mungkin akan dibincangkan secara khusus dilain masa insyaAllah

Pengisian kedua berkisar mengenai adab2 belajar, membincangkan kitab "Pelita Penuntut" jika diterjemahkan kebahasa melayu, tak ingat ape nama arab kitab tu, baru nak masuk pengenalan sahaja, tapi ustaz tu mengupaskan tajuk tentang kelebihan BISMILLAHIRRAHMANIRROHIM" sahaja dah memakan masa dua jam, perkongsian yang sangat menarik dan ni la mungkin pertama kali saya dengar penjelasan panjang lebar hikmah disebalik kalimah suci tersebut..

Agenda seterusnya, makan tengahari bersama K.Nadia, ukhti yang saya sangat kagumi dan sayangi,agak lama tak berjumpa, alhamdulillah setelah dua tahun walimah, baru ade rezeki untuk mendapat cahaya mata....

Alhamdulillah selesai jugak cerita pengembaraan ke Perlis dengan bertolaknya kembali saya ke Shah Alam, satu kenangan manis yang tak mungkin dilupakan