


keriAngan MaMPu TerGamBar Pada Wajah, Namun Tidak MunGkin Pada HATI...SegaLanya Bukan SenGaja, Tapi Ia AdaLah KetenTuan ILLAHI..Allah MenJauhKan HATI dari WAJAH adaLah Atas RahMatnya yang Tidak TerhinGga..Kerna Walau Duka Manapun Hati, Namun Ia Masih Bisa Menguntumkan SenYuman pada Wajah..Lantas Insan Sekeliling Jua TerSenyum.Ciptaan Ilahi Penuh Hikmah



ni adalah sebahagian besar AJK dan fasilitator yang terlibat semasa jambori berlansung, perasan tak sape yang duduk ditengh2 tu, tu la imam muda asraf bersama isterinya..ustaz menceritakan mengapa kita perlu bangga menjadi seorang muslim dan bagaimana nak mengangani masalah cinta..biasalakan topik yang menarik untuk remaja, ustaz juga kongsikan pengalaman dia bersama isterinaya dahulu..menarik..
ni pulak hari terakhir semasa majlis penutup, tak larat dah nak senyum penat sangt..kalut berlari sana sini sebelum tu..kalo tak duduk sini rasanya tengah berlari2 jugak ni..tempatnya besar dan coverage tak berapa nak ada, so nak panggil tak dengar tu yang kena bergerak dari satu tempat ke satu tempat..tapi best satu pengalaman yang berharga buat saya, kenape yer semua pun berbaju ungu, inilah tema khusus untuk nisa'..warna ungu..hehehe
lama saya berkeadaan begini...sedih dan pilu waktu tu hanya Allah yang tahu, saya sedar tapi saya tidak melakukan ape2 untuk berubah...terasa besarnya ujian Allah, namun ku tetap berdoa agar Allah tegarkan hati ini untuk sabar dan kuat menempuhi semua ujian2 tersebut...alhamdulillah saya dapat merasakan sedikit perubahan, saya lebih menghargai orang2 yang menyanyangi saya, menghargai masa yang ada sebelum ajal menjemput, menghargai peluang berbuat kebaikan..ya Allah aku bersyukur dengan anugerah yang kau kurniakan walaupun sudah lama ku dambakan...ya..saya dapt melihat segala hikmah disebalik semua peristiwa yang berlaku..terima kasih ya Allah, telah banyak aku belajar daripada erti kehidupan yang engkau aturkan ini..tarbiyah dariMu untuk membentuk aku agar menjadi hambamu yang beriman dan bertaqwa.....
(gambar ikan keli terbesar kot..sumber:internet)
malam tadi ziarah sahabat nikah, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun diiringi dengan deraian air mata, bab yang sedih tu bila mak pengantin membacakan watikah untuk pengantin perempuan dan sebaliknya..sedih2..ramai sahabat yang datang, kali sahaja dah empat kereta..eh, rasanya kami jer yang ramai, yang lain tu akhi safwan n akhi husni suami isteri...
ehm cukuplah cerita untuk kali ni, nak tengok imam muda..
~walluhua'lam~





disudut sisi booth UiTM, kami mempertandingkan lebih kurang 50 penyertaan daripada pelbagai UiTM seluruh negari, peserta dipilih berdasarkan pemenang IID UiTM yang diadakan January lepas, kalau tak silap saya ade post satu entry mengenai IID 2010..

mungkin nampak mudah untuk kita lihat dan analisa, tetapi percayakah, pengalaman daripada rakan-rakan yang sudah berkahwin, membina bahtera dan melayarinya didalam bahtera perkahwinan bukanlah sesenang sesenang disangka, tetapi disitulah sejuta hikmah Allah berikan kepada hambanya..ish, terbincang soal perkahwinan pulak, macam berpengalaman jer..tapi apa yang saya tahu tidak salah untuk dikongsi bersama kan...
tak cuba tak tahu kan?? penulisanla khazanah ilmu yang boleh kita tinggalkan, serupa juga dengan Al-Quran diturunkan, sewaktu nabi hidup Al-Quran tidak dibenarkan untuk dicetak kerana takut tersalah diantara ayat Al-Quran denagan Hadis nabi, selepas kawafatan nabi, melihatkan kepada ramainya para huffaz Al-Quran yang meninggal dunia, usaha untuk membukukan Al-Quran dimulakan di zaman khlalifah Ar-rasyidin, hinggala kehari ini kita masih mengamalkan isi pati Al-Quran yang tulen sejak dari Ianya diturunkan..Subhanallah..
berbalik kepada persoalan asal.iaitu kemahiran mendengar..ada beberapa kategori yang boleh diketengahkan:

(gambar: sekadar hiasan)
lepas balik cari pusat kesihatan, terdengar pengumuman pasal jangkitan denggi yang semakin berleluasa disekitar sek 7 dan kampus shah alam, sebanyak 77 kes denggi sedang melanda, time2 ni teringat kisah lalu bila kena demam denggi, yang pernah rasa jer tahu betapa peritnya nak tanggung. apepun kawan2 ambillah langkah2 pencegahan dari merebaknya wabak denggi, tapi shah alam memang top cases tentang denggi ni, tak sape boleh lawan, maybe sebab sistem perparitan atau mungkin kawasan yang padat, jadi sistem pembuangan sampah tidak teratur dan meyebabkan ianya menjadi tempat pembiakan nyamuk.."MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI"(sebahagian drpd anak2 murid)
2009 juga saya mengajar disebuah kolej swasta, disana mengajar saya banyak tentang erti kehidupan, disanalah saya belajar lebih untuk mengenali siapa lawan dan siapa kawan...banyak pengalaman berharga baik yang positif mahupun negetif yang boleh diambik ikhtibar dan dijadikan satu pengalaman yang berguna dalam hidup saya kelak, insyaAllah....
2009 juga mencatatkan sejarah, saya masuk belajar sepenuh masa sebagai seorang pelajar..duduk sehari semalam didalam bilik mengakaji, membaca dan menganalisis segala permasalahan yang berkaitan...pening, tertekan, rasa sangt putus asa, bermacam2 rasa boleh saya adun sejak duduk kat sini..baru sekarang saya merasakan kegetiran buat research sorang diri..huhu, rasa yang tak dapat nak digambarkan melainkan orang tu merasakannya sendiri, namun apepun perjuangan tetap diteruskan..semua perasaan tu datang menyinggah sekali sekala dan bersifat sementara jer dan membuat saya seorang yang lebih tabah dan matang, semua tu mungkin tarbiyah dari Allah untuk membentuk hambanya dan membuatkan saya lebih dekat kepadaNYA...
Alhamdulillah pada 2009 juga saya diberikan kelapangan rezeki oleh Allah untuk memiliki kenderaan sendiri yang mana memudahkan lagi untuk saya menyiapkan dan menghabiskan study saya..
ehm..rasanya tula perkara2 besar yang saya boleh kongsi kan....ade banyak lagi, tapi tu semua koleksi peribadi yang saya kunci rapat disuatu sudut jauh didalam hati (jiwang plak dah...hu2)
2010
datangnya 2010 bersama azam baru yang dirangka..tetapi untuk tahun 2010 hanya ada 2 misi besar yang akan saya usahakan sungguh2, tapi mintak maaf malu plak nak share disini, takperla mungkin bila misi tersebut telah saya capai akak saya ceritakan...insyaAllah
mohon untuk kalian mendoakan dipermudahkan urusan dan apa yang kita buat ini mendapat redha Allah...tu yang paling penting...
SEKIAN, WASSALAM...