Assalamualaikum Buat semua
ehm..mula2 rasa macam tak boleh jer nak menulis kalau buat blog ni, tapi bila dah ada, ade jer idea yang nak dikongsi..kita sambung balik kisah yang sebelum ni...
buat pengetahuan semua, sebelum kerja di kolej , saya pernah berpengalaman mengajar disekolah agama rakyat dan juga sebuah IPTA di perak sana..dari semua pengalaman tulah saya garabkan semuanya bersama untuk dijadikan panduan untuk diri saya di hari muka..
dari situ saya belajar banyak tentang dunia pengajaran , terutamanya bila nak berhadapan dengan anak-anak murid.yerla sekarang ni dunia pengajaran semakin mencabar dengan berkembangnya kemajuan teknologi pada hari ini...
(sebahagian daripada anak-anak murid)
berbeza sangat dengan masa saya belajar dulu, nak datang lambat,buat bising dan apetah lagi melawan..tak berani pun nak buat, tapi sekarang ni cikgu2 yang nak kena ambik hati pelajar untuk menambahkan minat pelajar untuk belajar....kalau anak2 tak lulus sape yang disalahkan?? cikgu jugak..tapi walau besar manapun cabaran seorang guru, ianya adalah satu pekerjaan yang paling mulia...tugasnya bukan sahaja untuk mengajarkan ilmu, tetapi juga mengajar untuk menjadikan pelajarnya menjadi seornag manusia yang berguna untuk agama, bangsa dan orang sekelilingnya...
tula salah satu sebab saya sangat sukakan bidang ini, selain meyampaikan ilmu, kita jugak boleh dapat pahala berpanjangan jika ilmu yang kita ajarkan tu, diamalkn oleh pelajar2 kita..insyaAllah
(sebahagian pelajar non-muslim sabah)
tapi dikolej ni, kebanyakan pelajar saya dikalangan pelajar sabah yang non-muslim, jika dilihat dari semangat dan ketekunan mereka mengejar ilmu kalah kalau nak dibandingkan dengan pelajar yang muslim...kadang2 depa yang malu sendiri dengan pelajar non-muslim..
pernah satu ketika saya tanyakan kepada seorang pelajar ni..dialog tersebut seperti dibawah
saya: biasa orang sabah menganut agama ape?
pelajar:kristian ada, muslim pun ade..yang tak ada agama pun ada
saya: so, kamu menganut agama ape?
pelajar: saya tak ambik mana2 agama
saya: dengan muka terkejut "ish, kenapa plak macam tu?
pelajar: yerla, banyak sangat Tuhan, so saya ambik yang tengah2...tak ambik mana2 Tuhan
saya: ish mana boleh camtu..habis sape yang ciptakan kamu?
pelajar : Tuhan
saya : so kalau kalo Tuhan cipkatan kenapa pulak kamu tak berterima kasih pada orang yang menciptakan kamu??
pelajar: tah..dan sambil termenung....
perbualan tu terhenti setakat itu saja, mungkin dia terfikir..dan saya pun memberikan masa untuk dia berfikir.. lepas tu kami pun sambungla kelas yang tertangguh tadi...
k la itu sahaja nukilan saya, ada masa kita sambung lagi...