Jumaat, 28 Mei 2010


Assalamualaikum


alhamdulillah selamat sampai kekampung dengan selamatnya..huh, penat jugak drive untuk 2 jam..sebelum sampai kerumah, sempat singgh pasar ikan, ehmm sempat merembat udang galah, rm25 sekilo..mahal tak? mak kata agak mahal, tak perla..tak tau nak compare dengan harga pasaran, nmpak sedap tu yang beli..lagipun adik dah siap2 telefon tuk beli ikan sebab kat rumah ade ikan keli jer..opss, lupa pulak..saya tak makan ika keli dan yang sewaktu dengannya, tahla tak tahu kenapa tak makan, wahlal semua adik2 makan ikan tu..nak kata duk bandar, tak jugak..sangatla kampung kawasan tempat tinggal saya...

(gambar ikan keli terbesar kot..sumber:internet)


cuba tengok ikan keli tu..besarnyer...sampai hati ke nak makan...huhuhuh.teringat masa kecik2 dulu, kalau musin cuti di waktu petang, mesti pegi tangkap ikan kat sungai dan parit berhampiran, seronok tangkap ikan, tapi tak de selera nak makan jer ikan tu..kalau tak kat kampung, kami pegi rumah nenek dikawasan sawah padi..lagi best tangkap ikan kat sana..cepat jer okan2 tu makan mpan, teringat satu masa tu, baru jer letak joran tu, ikan terus lekat..terkejut den dibuatnyer, menjerit2 keseronokan..heheh tu semua kenangan masa kecik...

malam tadi ziarah sahabat nikah, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun diiringi dengan deraian air mata, bab yang sedih tu bila mak pengantin membacakan watikah untuk pengantin perempuan dan sebaliknya..sedih2..ramai sahabat yang datang, kali sahaja dah empat kereta..eh, rasanya kami jer yang ramai, yang lain tu akhi safwan n akhi husni suami isteri...

ehm cukuplah cerita untuk kali ni, nak tengok imam muda..

~walluhua'lam~


Isnin, 24 Mei 2010

Cinta Itu Di Hati



Cinta itu adalah fitrah hati

Lahir tanpa diminta dan dipaksa

Namun Tuhan sentiasa menguji

Apakah cinta itu suci atau sebaliknya

Cintailah yang dihatiItu cinta hakiki dan murni

Jangan cinta hanya nafsu

Itu cinta palsu yang melulu

Betapa bahagia cintakan Tuhan

Bagai bunga yang mewangi kehidupan

Tiada waktu dan jarak memisah

Kembara rasa tidak bernoktahBetapa derita korban percintaan

Bila nafsu jadi taruhanJiwa gelisah bila terpisah

Asyik bertemu jemu bertamu

Cintailah sesiapa sahajaAsal wadahnya cinta Allah

Hati tidak resahJiwa tak akan gelisahJauh terhubung rindu

Dekat terikat padu

Cantiknya Wanita ITU...



Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA
Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjdi pembakar semangat perwira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada



Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula


Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjdai mangsa tohmahan dunia


Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa


Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami tercinta


Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU
Bukan kerana kemewahan dimata
Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar lamai
Menjadi penghibur hati permata kehidupan



Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU
Bukan terletak pada kebangkitan anak
Dalam setiap pertelingkahan
Tetapi dibawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami menjalin impian



Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA
Tidak kerana berjaya meruntuh istana
Tetapi jalinan kasih sayang
Tulus hati mengagih kasih setara pada semua


Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK
Bukan memberi harta dunia
Sehingga generasi lupa
Tetapi menjadi pada pendita
Menjaring teladan para anbia pada anak bangsa


Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA
Bukan kerana menyandang puncak dunia
Tetapi bijak menangkis rintangan
Peka membela nasib dan maruah negara
Menjadi tulang belakang keteguhan semua


Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGA TUA
Bukan kerana jernihnya mutiara
Mengalir deras di kelopak mata
Tetapi senantiasa mengumpul cahaya
Menghitung hari dengan selembar nasihat


Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS
Bukan kerana menjadi sebutan
Sehingga menjulang keegoaan
Tetapi dalam mencari ilmuan
Menyala obor mewangi setanggi profesionalis


Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH
Bukan kerana keindahan paras rupa
Sehingga menjadi ingauan mata
Tetapi berpegang Akidah Solehah
Disebalik tirai jiwa
Mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah
Mengharap keredhaan kehidupan awana.

Isnin, 17 Mei 2010

ITEC 2010

Assalamualaikum...

Ape khabar iman hari ini? adekah kita memberi sumbangan kepada islam hari ini? tepuk dada tanyala iman masing - masing (peringatan bersama termasuk diri sendiri)
Baru-baru ini, bertempat di KLCC berlansung pertandingan rekacipta dan innovasi ITEC 2010, kami diantara peserta yang menyertai pertandingan tersebut dengan membawa nama UiTM. Jom kita citer berdasarkan gambar, senang sket


disudut sisi booth UiTM, kami mempertandingkan lebih kurang 50 penyertaan daripada pelbagai UiTM seluruh negari, peserta dipilih berdasarkan pemenang IID UiTM yang diadakan January lepas, kalau tak silap saya ade post satu entry mengenai IID 2010..


Ni pulak booth bersebelahan dengan UiTM, UNiMAP (universiti Mlaysia PErlis), dengar kata penyertaan pertama didalam ITEC, tapi nampak sangt teamwork depa ni, dengan pakaian yang seragam dan booth yang cantik dan persembahan yang menarik berbanding booth UiTM..heheh

Ni la saya, interfrem sdisebalik air terjun buatan..buat kenang-kenangan....


Ni pulak projek yan gkami pertandingkan, alhamdulillah dapat bronse sahaja, namun begitu kami dah cukup bersyukur kerana kami bertanding didalam bidang ICT yang pastinyer tentu sahaja cabaran n saingan yang sengit daripada universiti2 yang lain. walaubagaimanapun, pengalaman tu yang sangt berharga..

antara pengujung yang berminat sangt dengan projek kami, banyak masalah yang kami bincangkan bersama, dan dia nampak ape yang kami cuba bawak n tampilkan dalam projek ni...orang business maklumla..
okla setakat ini dulu perkongsian yang dapat saya kongsikan, alhamdulillah banyak rekacipta daripada tempat2 lain sempat dijenguk, terasa kita ni macam satu saudara yang sangat rapat time tu, macam2 boleh dikongsi bersama...
wallahu'alam
~sampaikan walau satu ayat~











Rabu, 12 Mei 2010

Katakanlah..,InsyaAllah

Assalamualaikum

Ape khabar sahabat semua hari ini?Ape khabar iman kita hari ini?Banyak mana amalan kita hari ini?adakah hari ini lebih baik daripada semalam?celakalah mereka yang hari ini lebih teruk daripada semalam..sama2la kita muhasabah diri kita hari ini, sebelum mata memejam, sebelum malam menutup labuh tirainya..sebelum punya masa dan kesempatan...

Biar apepun janji kita pada diri sendiri mahupun orang lain, iringilah dengan perkataan ïnsyaAllah"= dengan izin Allah, sekecik2 perkara mahupun sebesar2 perkara, ini kerana kita tidak mengetahui ape yang akak terjadi, semua perkara yang berkalu adalah dibawah aturanNya..

bila bercakap pasai InsyaAllah teringat kisah Nabi sulaiman, kita semua sedia maklum, nabi sulaiman adalah ketua yang menguasai hatta jin adalah dibawah kekuasaanya, nabi sulaiman mempunyai 99 orang isteri, beliau memounyai kehebatan untk menggauli kesemua isterinya dalam satu malam sahaja.pernah nabi sulaiman berkata "akan lahirlah 99 orang oemuda yang gagah perkasa daripada setiap isterinya, yang mana 99 oemuda ini akan menjadi insan-insan yang hebat"

Namun kuasa Allah mengatasi segalanya, nak dijadikan cerita, hanya seorang sahaja isteri baginda yang hamil, dan anak yang lahir bolehlah dikategorikan sebagai golongan OKU, hanya perkataan ïnsyaAllah sahaja yang baginda lupa untuk menyebutnya..

Oleh itu rakan-rakan, sentiasalah berkata InsyaAllah diatas sekecik-kecil yang kita cuba janjikan, semoga yang berlaku atas izin Allah jua

andai ada salah n silap diatas penulisan tersebut, perbetulkanlah saya..insyaAllah semoga teguran tersebut adalah untuk menuju kearah kebaikan..

-wassalam-

~sampaikanlah walau satu ayat~

Isnin, 10 Mei 2010

ohh Ulu Yam

Assalamualaikum...

rasa release sangt dapat bersantai-santai memanjakan diri di pusat peranginan...dikala kesibukan rakan-rakan bekerja, kami mengambil kesempatan untuk jalan-jalan ambik angin, best sangt dapat berendam berjam2 dalam air tadi, rasa tak nak naik dah...


lebih kurang dalam gambar la tempat yang kami pergi tadi, rasa2 dah bertahun jugak tak mandi air tejun, malu sebab biasa pegi time orang tengh ramai sangt, so bila berpeluang time tak de orang ni la ambik manfaat sebaiknyer..


tak dapat nak gambarkan, betapa tenangnya menikmati keindahan ciptaan Allah, alhamdulillah sambil-sambil mandi tu sempat la berdiskusi dengan rakan-rakan yang lain tentang beberapa topik..biasala, bila dikalangan kawan-kawan yang masih membujang isu perkahwinan akan dijadikan topik utama, tapi hari ini kami menoleh setapak lagi dengan membincangkan tentang bersediakah kami untuk menjadi isteri yang solehah kapada suami kami nanti, isteri yang mampu mentaati suami didalam keadaan ape sekalipun, isteri yang mampe memberi yang ade padanya tanpa mengharapkan balasan sang suami, mampukah kami?..

mungkin nampak mudah untuk kita lihat dan analisa, tetapi percayakah, pengalaman daripada rakan-rakan yang sudah berkahwin, membina bahtera dan melayarinya didalam bahtera perkahwinan bukanlah sesenang sesenang disangka, tetapi disitulah sejuta hikmah Allah berikan kepada hambanya..ish, terbincang soal perkahwinan pulak, macam berpengalaman jer..tapi apa yang saya tahu tidak salah untuk dikongsi bersama kan...

lepas penat bermain air dan makan juadah yang dibawa, destinasi seterusnya ialah makan sate kajang, sate kajang guthrie highway tempat yang kami tuju, mak aiii, jauh betul nak u turn lepas masuk highway ni, nasib baik ade u turn sebelum tol yang keempat, kalo tak sampai ke rawang la kami tadi...

alhamdulillah, sebelum maghrib tadi kami selamat sampai ke rumah masing-masing, moga Allah memberkati perjalanan kami hari ini,,,insyaAllah

-SEKIAN-
~sampaikanla walau satu ayat