Selasa, 15 Disember 2009

Kembara ke Perlis - Siri Akhir

Assalamualaikum..


lama sudah tak update dalam blog ni, bukan kesibukan yang melanda, tetapi kemalasan yang subur didalam jiwa...astaqfirullah..


teringin nak sambung entri kembara diperlis, tapi macam dah basi jer kan cerita tu..

tapi tak pela sambung sket2, perancangan nak balik hari sabtu tu jugak, kena postpone jugak sebab ade orang tak bagi balik, tapi tak perla banyak hikmahnyer..

pagi ahad tu sepagi dengar kuliah bulanan di Surau Taman Jali, alhamdulillah banyak pengisian yang saya dapat, ade dua slot yang berbeza, pengisian pertama menceritkan tentang bagai mana kita hendak membina keyakinan didalam diri, terutamanya keyakinan dan kepercayaan @ akidah kita kepada Allah s.w.t...banyak isu yang dikupaskan cara bagaimana n kenapa pentingnya keyakinan kita kepada Allah, mungkin akan dibincangkan secara khusus dilain masa insyaAllah

Pengisian kedua berkisar mengenai adab2 belajar, membincangkan kitab "Pelita Penuntut" jika diterjemahkan kebahasa melayu, tak ingat ape nama arab kitab tu, baru nak masuk pengenalan sahaja, tapi ustaz tu mengupaskan tajuk tentang kelebihan BISMILLAHIRRAHMANIRROHIM" sahaja dah memakan masa dua jam, perkongsian yang sangat menarik dan ni la mungkin pertama kali saya dengar penjelasan panjang lebar hikmah disebalik kalimah suci tersebut..

Agenda seterusnya, makan tengahari bersama K.Nadia, ukhti yang saya sangat kagumi dan sayangi,agak lama tak berjumpa, alhamdulillah setelah dua tahun walimah, baru ade rezeki untuk mendapat cahaya mata....

Alhamdulillah selesai jugak cerita pengembaraan ke Perlis dengan bertolaknya kembali saya ke Shah Alam, satu kenangan manis yang tak mungkin dilupakan

Isnin, 23 November 2009

Kembara Ke Perlis

Assalamualaikum..


alhamdulillah segala puji bagi Allah yang mengizinkan saya untuk menjejakkan kaki ke bumi bertuah perlis dan jua dengan izinNya saya kembali ke shah alam dalam keadaan selamat pergi dan balik..


Perancangan awal untuk turun ke Perlis adalah sebagai memenuhi undangan walimah adik kesayangan ku ini, Muhaini..Alhamdulillah selamat sudah pun adikku bergelar seorang isteri, Akak doakan semoga dirimu tabah dalam mengharungi pahit getir didalam membina bahtera rumahtangga..
just nak citer pengalaman sket, antara aktiviti yang sempat dilakukan....


Day 1 (Jumaat @ 3 Zulhijjah)

Perjalanan ke Perlis dari Shah Alam memakan masa kira2 5 jam, alhamdulillah akhirnya selamat sampai di stesen Kangar dan sahabat yang sangt baik hati ni sudi untuk menjemput saya dikala keheningan dan kesejukan pagi sangat mencengkam waktu itu, terasa lama sangat tidak berjumpa dengan sahabat2, terasa ketenangan menggigit tangkai hati tatkala menjejak kaki ke bumi perlis..ehm..tenang sungguh..


Perancangan pagi tu nak sambung tido kejap, yerla tido dalam bas ni manala selesa sangat, tapi disebabkan keterujaan berjumpa dengan sahabat yang lama tidak bersua muka, akhirnya mata yang pada mulanya mengantuk, terasa sangat segar dan bertenaga..ape lagi, kami pun plan breakfast di RFH (Radix Chiken House), khabarnya nasi lemak disana tak menggunakan santan, malah menggunakan VCO (minyak kelapa dara) untuk menggantikan santan, berkhasiat sungguh..so, kawan2 yang tak merasa merasa lagi tu, cuba2 la merasa, tak rugila kalau pegi makan kat RCH tu, gerenti puas hati, insyaAllah


Alhamdulillah kenyang makan kat RCH tu tadi, kembara hari tersebut diteruskan untuk menziarah Mama (panggilan adik2 kampus untuk ketua DMPNP), mama ni tak de rezeki untuk mempunyai anak sendiri, namun Allah gantikan anak2 tersebut dengan anak2 angkat yang sangt ramai untuk mama, n mama tak pernah terkilan dengan ujian yang Allah beri untuk dia, tapi mama ada jaga anak sedara dia sorang ni, kami panggil dia Dik Wan, tengah mengaji di Insaniyyah sekarang ni..kat rumah mama tak la banyak aktiviti yang kami nak buat, sempatla tolong mama masak, pi tangkap ikan, dan tido sat kat rumah mama, ngantuk sangt time tu...yerla sementelah nak tunggu kawan tu nak siapkan jubah dia, kononnya nak guna tuk hari kenduri esok..
Lepas jumaat tu, kami singgah jap kat tapak projek semaian cendawan, projek seorang sahabiah yang bekerja sepenuh masa dengan Jemaah, alhamdulillah rezeki tu tetap ade dan Allah permudahkan jalan bagi dia..macam2 business dia try buat, dari tanaman cendawan, berkembang plak tuk usahakan katering, apepun adikku, akak doakan moga dipermudahkan urusan dan diri mu tabah dalam mengharungi segala ujian didalam hidup ini (cewah! bermadah pujangga plak)
Lepas asar kami teruskan program ziarah ke rumah Akhowat yang ada kat perlis, sempat singgah rumah kak Ros jer, yang lain tak de kat rumah..tapi tak perla, dapt jugak lepaskan rindu dan daptkan sedikit nasihat n yang penting dapat jumpe kak ros balik, teringat time ngajar kat Balai Dakwah 4 tahun yang lepas..masa dapt bergerak dengan kawasan, selalu jer gi saing dengan kak ros, k.ros gi sana saya ikut, dia gi sinun saya tetap ikut dia, senang kata jadi teman setia dia gi mana2 la, tu time dia tak kawin lagi, lepas kawin terus jer dia dok Peneng dan akhirnya sekarang menetap di Perlis...then saya pun sambung study di shah alam..Besar dah anak k.ros, Amira Balqis, pandai pulak tu dah cakap utara, habisla tok dia nanti, balik selangor cucu dia cakap perlis daa..hehe
sambung pulak cerita diwaktu malam, malam tu ade sahabiah yang lain baru sampai, zawani dan zurairah..kami berkumpul diperlis untuk pergerakan pi kenduri keesokan harinya, malam tu Shiken belanja makan dan medan selera, saya order mee udang, ehmm..sedap sangt mee tu, pulak tu udang dia mak aii besar banget..alhamdulillah kenyang dan murah moga murah rezeki orang yang belanja tu..Amin
Day 2 (Sabtu @ 4 Zulhijjah)
nampak cerita ni sangt tak menarik sebab tak de gambar kan, tapi memang tak ambik gambar pun, tak sempat..camera pun dok dalam beg jer, ni la hari yang ditunggu2, kami memulakan perjalanan seusai jam 8.30pg, merancang pegi awal sebab nak kena balik awal, tapi dipendekkan cerita jam 1 petang baru kami sampai ke rumah pengantin, nak kata jauh sangt rumah tu tak la, tapi macam2 jadi dalam perjalanan ke sana, nak cari hadiah la, nak kena ambik sahabat2 lain lagi, last2 petang jugak kami sampai..
alhamdulillah sejuk mata tangok pengantin, ramai yang datang..sesak jugak waktu tu, sementelah pulak tengah hujan dan rumah pengantin betul2 tepi jalan besar, memang agak sesak sedikit, yang nak dijadikan cerita ni pasai kakak pengantin, kawan saya ni kenduri sekali dengan kak long dia, kiranya ada 2 pengantin la, suami adik dia sampai dulu, then kawan saya tu pun keluarla sambut suami dia, tak lama tu pulak kecoh2 dengar suami kak long dia pulak sampai, mulanya kak long tu keluarla, tapi tak lama tu masuk rumah balik, menagis katanyer, kami pun heranla..kenape plak masuk balik, wahlal pengantin lelaki dah tunggu kat luar..rupa2nya orang yang disangka pengantin kak long dia tu bukan pengantin, tapi pengapit kepada suami adik dia..tapi memang tak boleh nak salahkan kak long la, pengapit tu pakai baju macam nak sanding jer, pulak tu warna dah sedondon, mestila orang ingat dia pengantin..aduhai silap pengantin plak, tapi tak lama lepas tu barula pengantin sebenar sampai, bila difikirkan balik, kelakar jugak time tu, kak long dia nangis sebab kena marah dengan sedara mara yang tak tau siapa pengantin sebenar..kalut sebentar waktu tu, tapi akhirnya selamat jugak majlis depa tu..alhamdulillah..
tak habis lagi cerita ni, balik dari Yan (rumah pengantin), kami melencong dulu ke Kuala Perlis, nak menikmati keindahan alam la katakan, ehm..terasa damai sangat kat sana, keadaan angin yang sepoi bahasa, redup dan menyamankan..rancangan awal nak jalan2 jer, tapi tengok ikan2 segar jer kat situ, kami pun apelagi tergerak hati pulak tuk makan kat situ, berbaloi la harga dengan makanan yang kami order, kami order, ikan siakap bakar, tomyam, sayur kailan ikan masin, sotong goreng dan kerang bakar, licin semuanya..puas hati, masakan pun sedap..alhamdulillah kenyang..
ehm..panjang pulak dah..insyaAllah sambung dilain masa selepas raya haji..
SALAM AIDILADHA...

Selasa, 10 November 2009

Jemputan Walimah

Assalamualaikum..
Menjelang jer cuti sekolah, mesti tak lari dari jemputan kenduri kendara...jenputan saya setakat Nov - Dis ni takla banyak sangt..tapi tempat tu jauh2 sangat

15 Nov 2009
Kak Siti Zaleha & pasangannya..kak leha ni sekampung ngan saya, dulu kami sekolah agama petang sama2, bukan sekelas tapi sebelah kelas..n kelas kami tu dipisahkan dengan devider kayu jer, time tak der kelas habis bercampur dua kelas tu..bising tak tau nak cakap la, kami jadi rapat sebab dia ni adik angkat arwah abang saya, insyaAllah minggu ni nak tak nak kenala balik kg...

21 Nov 2009
Muhaini & pasanagnnya, adik yang saya kenal rapat sejak dari arau lagi, kenduri kat Yan, insyaAllah mungkin akan sampai jugak ke majlis tu nanti, sebab dah lama simpan hasrat tuk turun ke Perlis..so sekali dengan kenduri tu bolehla jalan2 ke perlis..rindu pada sahabiah2 disana...


30 Nov 2009
Mohd Azali & pasangannya..ni pulak rakan sekelas, pendiam orangnyer..first time dengar dia cakap nak kawin, saya tak percaya sangt..bukan ape pendiam sangt, sampai time tu saya tanya banyak kali, betul ker mu nak kawin??, dia plak buat muka nak meyakinkan, tu yang kena tanya banyak kali, alhamdulillah dapat sekampung, kelantan jugak..tapi sebab jauh sangt ni, dan dekat dengan raya korban mungkin tak dapat nak pergi, tapi tak pe zali, doa kami sentiasa mengiringi...

5 Dis 2009
Hazaliana & pasangannya- haza ni pulak kawan masa sama2 kat S.A.M.T.S.S.A.A.S, kami duduk sebelah menyebelah masa form 4, nakal orangnya, kalo tak sabar jangan layan dia..heheh, jangan marah yer haza, tapi terror bahasa arab, teringat time ambik SMA (sujil menengah agama), banyak belajar b.arab dari makcik ni la, tapi takla sebagus yang dia dapt, tapi alhamdulillah, ok jugakla..kenduri dia ni kat batang kali, insyaAllah tak de aral mungkin sampai ke majlis dia nanti
6 Dis 2009
tarikh ni bertembung plak dua orang, tak taula nak pegi yang mana satu
1- kak Ila & pasangan..k.ila ni assistant lab photo, kalo budak2 geomatik mesti kenal punyer..kat meru.dalam perancangan nak pegi tapi mungkin petang sket sebab nak gi kenduri yang satu lagi dulu
2- Hidayah & Farid..ni la geng saya masa sekolah menengah (form 1 -form 3)kami gelar group kami "8 genius group" sekarang ni 4 married, 4single..saje jer time tu, kami lebih berlumba2 dalam study n jugak kuat mengusik orang..tu dulu, sekarang dah kurangla..hehe, dah pegi time nikah hari tu, tapi sebab ade hubungan sedara yang agak kuat, nak tak nak kena gi jugak menjengah sekejap, tak rugi kalo gi, sebab dapat berkumpul dengan kawan2 lain, kira gathering sekali la time tu..
12 Dis 2009
Syafa & pasanagan- ni jugak adik yang kenal masa kat arau dulu. kenduri kat kuantan, insyaAllah syafa kalo ade kawan akak turun, jauh jugak tu..tapi sebab tak pernah sampai lagi ke daerah kuantan tu, mungkin satu ziarah gak..kan jauh perjalanan luas permandangan....
19 Dis 2009
Emiziliana & pasangan - emy pulak ex rakan sekerja time di geomatika kolej dulu, baru jer dapt jemputan semalam, emi ni la yang urus pasai gaji dan duit kat kolej, so kalo lambat dapt gaji tnayer la kat dia, dia mesti tau..alhamdulillah akhirnya kawin jugak emi ek, bukan ape time dia tunang dulu dia macam tak percaya nak kawin..emi pulak kat johor, kalo ade konvoi dari kolej beramai2, saya nak join ek..
k setakat ni, ni jerla jemputan yang mendatang, buat semua yang bakal mendirikan rumahtangga saya doakan moga kebahagian yang dibina kekal dan berpanjagan hingga ke hujung usia, serta melahirkan anak2 yang soleh dan solehah.juga hubungan yang bakal terbina mendapat redha Allah.Amin

Isnin, 2 November 2009

S.A.M.T.S.S.A.A.S

Assalamualaikum..

ehm tu la nama sekolah saya dulu (form 4- form 5)...banyak kenangan suka duka yang tersemat kukuh didalam ruang ingatan..(chewah..bersastera plak).

(ni la sekolah kami -samtssaas)

sekolah yang saya idam2kan sejak dari darjah 5 lagi, tapi mungkin tak der rezeki nak kesana memandangkan result SPRA waktu tu tak mencecah 85%..so, sementara nak kesana saya singgah kejap kat SAMBT..yang nak kata jauh tak la sangt, nak kata dekat pun tak la dekat sangt dari rumah..tapi yang menjadi kenangan masa sekolah kat sini ialah pengangkutan..van yang sendat macam sardin, sabau jerla, tapi demi tuk kesekolah n tak de pilihan lain waktu tu..naik jerla..tapi seronok gak, naik ramai2 pastu buat macam2 aktiviti n banyak hal yang berlaku.. van rosakla..enjin panas la, tapi nak kata mungkinla keajaiban..time rosak selalunya time dalam perjalanan balik, time pegi takla pulak dia nak rosak..kalo tak, boleh kami ponteng hari tu....

(pintu gerbang sekolah)
then bila masuk form 4 & form 5, barula dapt tawaran continue kat SAMTSSAAS dalam aliran sains, time tu tak ramai student baru dalam kelas kami, mostly semua budak lama..n kat sekolah ni first time merasa dok asrama, asrama kami tu asrama berhantu, banyak la kisahnya, kita cerita lain kali la ek..kalo nak cerita tak cukup sehari..kelas kami (4 sc 1) ni cikgu2 panggil kelas mayat, sebab terlalu sunyi sangt, sunyi bukan tak de orang yer, penuh orang dalam tu,tapi senyap sangt, kalau peniti jatuh pun boleh dengar..n setiap kali cikgu nak masuk, depa akan jenguk2 kepala kat pintu belakang dulu...time tu saya duduk paling dekat dengan pintu belakang, so, selalunya saya la yang nampak cikgu ni dok menjenguk2..cikgu selalu tanya..ade cikgu ke??, saya pun selalu jawab: "tak de cikgu..masukla cikgu.."

lepas masuk tu dia cakapla, korang ni senyap betulla, aii senyap pun salah ke cikgu???hehe..kami ni senyap bukan wat pe pun.selain kusyuk tido, ada gak yang kusyuk termunung..tu yang jadi sangt senyap, sebab kalo nak sembang pun kena bisik2..kalo tak nanti ade orang marah n jeling kami kat belakang..so malu nak kena marah kami pun senyap jerla, kalo tk study tido, kalo tak tido study..tapi tido lagi banyak dari studyla...maklumla dok asrama tu time sangt pack, terkejar2 nak kejar masa..so time tidur yang sesuai adalah didalam kelas...





ni plak kunci yang paling besar dalam sekolah kami, kekat daerah sabak bernam tu, ke kat selangor, ke yang terbesar kat malaysia, tahla tak taula plak..kalo terbesar kat malaysia mesti dah masuk MBOR (malaysia book of record ) kan..sebenarnya kalau tengok dari bawah tak nampak pun bantuk kuncinya, tapi disebabkan kami ni duk tingkat yang paling atas tu boleh nampak...mungkin nila kunci2 kejayaan yang kami kena raih, maksud simbolik kenape landscape tu berbentuk kunci..mungkin..

ni plak satu2nya bus yang ada time saya kat sekolah tu...bus yang banyak berjasa, yang kami naik time nak pegi outing, selalunya kami outing 2 minggu sekali, bergilir dengan pelajar lelaki...tempat yang kamu pegi selalunya pasar jumaat kat pekan sabak tu, yerla sekali sekala nak jugak tukar selera makan makanan lain, asyik makan makanan dining jer, naik bosan jugak..

apa yang menarik kat sekolah ni, ialah walaupun kami form 5..kami tak dikira senior, sebab ada pelajar upper n lower 6, abag2 n kakak2 ni sangat mantap, teringat masa saya first time datang sini, kagum dengan susasana penuh keislaman yang ada disekolah ni, time magrib hari2nya terisi dengan kuliah2 yang mantap dari abg2 STAM, dan jugak usrah2 yang hidup, time perhimpunan tazkirah dari pada student sendiri n.jugak semestinya abg2 upper 6 yang sangt sedap mata memandang..hehe, gurau jer..biasanya abg2 n kakak2 yang islamic ni tunggu turn nak ketimur tengah jer, depa ni la yang banyak menghidupkan suasana, pernah satu ketika dulu, depa beramai2 pergi ke mesir sampai terasa sangt perubahan suasana kat sekolah..terutamanya aktiviti kat surau, kurang dah zikir2 yang merdu didengar, n pengisiannya juga semakin kurang menyengat....ehm..rindunya suasana tu..kalaula dapat diputar kembali waktu, nak jer kembali ke waktu dulu....

ehm.. cukupla dulu untuk entry kali ni..cuma terasa nak mengimbau balik kenangan dulu...kisah suatu masa dulu...SEKIAN

Isnin, 26 Oktober 2009

IID FSPU 2009

Assalamualaikum...
lama dah tak update blog ni, hari ni nak cerita pasal IID FSPU 2009 (R&D competition Invention, Innovation and Design FSPU) yang berlansung minggu lepas - 22 Oct 2009..
sebenarnyer saya bukanlah peserta yang mempertandingkan hasil kajian, cuma menyibuk2 jer...tapi hari tu wakilkan kawan yang hantar dua penyertaan dalam pertandingan tersebut, so kira bidang terjun gak la hari tu.tak terterjun sangt, sebab dah diberi explanation sehari sebelum hari pertandingan..tapi, tak tau sangt gak, yerla kajian orang..manala kita faham sangat...

takyah story panjang2, kita tengok gambar jer yer...

ni kak rasyidah tengah yakinkan judge pasai reserch dia, dia buat pasal water quality, ade gambar biawak mati dalam poster dia, orang berminat nak tau pasal biawak tu jer, sian dia..siap ada orang tanyer "awak buat research pasal biawak ker?"...tapi kreatif gak, kalo tak tak der la orang nak tanya kan...
ni plak adik junior, tak pasti sangtla dia buat pasal ape, tapi berkaitan dengan GIS link dengan google, maksudnya kalau kita nak menuju satu2 tempat, user akan diberikan direction dengan lebih tepat ke arah tempat tujuan tersebut...



Ely plak pertandingkan projek degree dia, pasai GPS capability, judge pun pening nak menilai...yerla dia wat kajian pasal keupayaan alat tu dalam kerja lapangan..pening gak dia nak explain kat jugde hari tu..tapi ok la kan, sekurang2nyer dah dapat pengalaman....


nampak yang berkepala ungu tu, saya la tu..bagi suppurt dari belakang..nila projek yang saya tolong terangkan..time ni jugde tengh datang, tapi saya suh tuan punyer projek ni terangkan, sebab masa tu dia tengh free...lagi satu,tu pensyarah dari department kitaorang, mesti dia tanya macam2 punya, so untuk keselamatan baik bagi tuan punya projek yang terangkan...bijak kan, bukan bijak tapi berstrategi....
mula2 tu takut gak nak terangkan, yerla kena terangkan dalam BI, satu masalah jugak tu..yerla lidah melayu, dalam keadaan yang menekan lagi , macam2 boleh jadi..tapi lama2 boleh jer..mula2 jer rasa macam susah..tapi bila dah start cakap, rasa nak cakap banyak la pulak, sampai jugde tu tak der soalan nak tanya, dia nak tanya jer saya terangkan panjang berjela..

tapi semua ni pengalaman, selama ni rasa susah gak nak mulakan buat research, bila tengok kejayaan yang orang lain dah buat, sempat la tanya2 pada yang lain pengalaman buat research..banyak nasihat dan support yang depa bagi..thanks a lot..tme tu timbul semangat dan keyakinan balik, n then saya cakap dekat diri sendiri..kalau orang lain boleh kenapa kita tak boleh..lagi2 kita ni orang mukmin, kenalah kuat kan..teringat bait2 lagu motivasi ni....

ummat islam mesti cemerlang
hari in mesti lebih baik dari semalam
jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah masa Esa
kita punya usaha tenaga
doa sebagai senjata
ummat islam mesti cemerlang

so, ummat islam kenala boleh dan berkeyakinan kan...lagi2 sekarang ni bermacam2 dugaan n ujian yang datang,,,dari segenap penjuru ia menyerang, so bagi yang tak kuat tak mungkin dapat melawan dan menepis semua tu..lagu ni saya dapat time ceramah motivasi peringkat cawangan, time tu jadi fasilitator uttuk program adik2 yang nak hadapi peperiksaan besar...sampai hari ni lagi tu jadi sumber inspirasi dan kekuatan bila mana rasa sangat putus asa....

ehm..peringatan untuk diri sendiri jugak ni, yerla manusia ni memang sifat dia mudah lupa..so kita kenala ingat mengingat..

dan akhirnya jabatan kami memang untuk kategori pelajar untuk tempat pertama, kedua dan ketiga..dan yang membanggakan projek yang saya tolong terangkan tu menang tempat pertama...tak sangka betul, bila ingat balik tah ape2 terang kat jugde tu..tapi mungkin dia boleh faham..syukur alhamdulillah..
ni baru peringkat fakulti, next IID untuk peringkat University will be on Jan 2010...




Selasa, 20 Oktober 2009

Hati2 dengan benda yang Remeh Temeh

Assalamualaikum.....
Ada satu bahagian tu yang betul-betul menyentuh hati saya.

Di riwayatkan begini. Semasa Nabi Isa berjalan disatu kawasan perkuburan ia terdengar suara dari dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit jerit meminta tolong dan dalam kesakitan yang amat sangat.Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang telah terjadi kepada nya.

Sebagaimana yang kita tahu nabi Isa mempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati.Maka nabi Allah Isa pun memohon doa kepada Allah sambil menadahkan tangannya kelangit supaya menghidupkan lelaki tersebut.Doanya dimakbul oleh Allah maka terbelah kubur itu dan keluarlah seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit menjerit meminta tolong. Melihat akan keadaan lelaki tersebut maka ditanya oleh nabi Isa kepada lelaki itu apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini lelaki itu menjawab bahawa dia tidak meninggalkan sembahyang ditanya lagi oleh nabi Isa adakah kamu tidak berpuasa.lelaki itu menjawab : saya berpuasa dan lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia taat akan perintah Allah... . maka ditanya oleh nabi Isa lagi apakah yang kamu lakukan sehingga kamu diseksa sebegitu rupa ?
Maka bercerita lah lelaki itu: Saya berkerja sebagai penjual kayu api dan saya akan mencari kayu api di hutan dan menjualkannya kepada sesiapa yang hendak membelinya. Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli menemuinya untuk membeli kayu api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar ke rumahnya.Maka pergilah saya mencari kayu dihutan dan apabila sudah dapat seberkas kayu di ikatnya elok- elok dan pergi lah saya hendak menghantar ke rumah si pembeli itu.. Dipertengahan jalan saya merasa lapar dan saya berhenti untuk makan, setelah selesai saya meneruskan perjalanan ke rumah pembeli kayu itu. Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang terselit dicelah gigi saya maka dicuba berbagai cara mengeluarkannya dengan lidah tetapi tak berjaya, kemudian dicubanya dengan menggunakan kuku tetapi tak berjaya juga. Akhirnya saya pun dengan menggunakan kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu untuk dibuat mencungkil gigi. Maka akhirnya dapatlah mengeluarkannya.
Maka saya teruskan perjalanan dan setelah sampai kerumah si pembeli itu, saya pun menyerah kan kayu api itu dan terus pulang. Oleh kerana saya tidak meminta halal akan kayu yang saya cungkil dengan kuku saya tu maka saya diseksa selama 70 tahun sebagaimana yang tuan lihat. Saya menyangka Allah tidak melihat akan perkara yang sekecil ini...Astaghfirullah al azim, eloklah kita ambil ikhtibar akan riwayat ini.
Adakah kita pernah mengambil barang barang daripada office/sekolah samaada daripada sekecil kecilnya seperti paper clip, eraser dan sebagainya dan dibawa balik kerumah untuk di gunakan sendiri. Dan juga barang barang orang lain yang kita pinjam tetapi tidak di kembali kan ? Sekecil kecil barang seperti tupperware, cd,dvd dan sebagainya... .? Sesungguhnya takutlah kita akan azab Allah kerana mati itu adalah benar... Azab neraka itu adalah benar... Dan syurga itu adalah benar... wassalam...
ukhwah.com

Rinduku....

Saat ku duduk
Dikesendirian
Diantara rindu dan asa
Selalu terbayang dalam anganku
Senyuman yang lembut dan tukus
Kurindu pada mu Ya Rasul
Kurindu ada didekatmu
Inginku jumpa sekejap saja
Meski hanya dalam mimpi

Kisah Kilang sabun


Assalamualaikum...
Lama dah tak coret sesuatu dalam blog ni, bukan sibuk mana pun...tapi idea untuk menulis tu tiba2 macam hilang kejap, ehm..hari ni nak kongsi sikit tentang kisah sebuah kilang sabun..

(sabun-sekadar hiasan)

alkisah disebuah kilang sabun di jermen, kilang ni adalah sebuah kilang yang membekalkan sabun ke seleluruh pelosok dunia, nak dijadikan cerita, ianya sebuah kilang sabun yang terkenal, ternama dan maju...


setiap bulan kilang tersebut akan membekalkan 500 kotak untuk setiap negara yang yang memesan sabun mereka..namun, entah dimana silapnya tiba sahaja akhir bulan..setiap negara yang dibekalkan sabun tersebut akak memulangkan kembali sebanyak 200 kotak kepada kilang tersebut..mereka mengatakan bahawa kotak sabun yang dibekalkan adalah kosong..

Jadi timbulla satu isu besar bagi syarikat tersebut, cara bagaimana hendak mengatasi masalah yang timbul, pihak pengurusan agak pening kepala dengan masalah yang timbul..yerla, kos pemulangan sahaja telah memakan belanja yang agak besar, kalau masalah ini berterusan mungkin mereka akan menghadapi kerugian yang besar...


akhirnya, pihak pengurusan pengumumkan kepada semua kakitangan kilang tersebut untuk memikirkan kaedah penyelesaian yang terbaik lagi ekonomi untuk mengatasinya..bagi cadangan yang terbaik pihak pengurusan akan memberikan insentif yang menarik...maka berlumba-lumbalah semua kakitangan disitu memberikan cadangan dan idea yang menarik, ada yang mencadangkan cadangan2 yang bagus dan bernas, diantaranya ada yang mencadangkan untuk diletakkan alat scanner,penimbang, dan bermacam2 idea dan cadangan, tetapi semua idea tersebut memerlukan tambahan kos bagi pihak pengurusan..
ish..pening jugak nak selesaikan masalah ni, cadangan dah banyak disumbang, tapi satu pun tidak menolong menyelesaikan masalah, tambahkan beban keewangan lagi adalah.tulah antara rungutan pihak pengurusan, bukan tidak berterima kasih dengan cadang2 yang diberikan, tapi jika difikirkan dari segi ekonomi cadangan2 tersebut kurang menepati kehendak pihak atasan...
setelah beberapa lama, akhirnya meraka mendapati satu cadangan yang sangat bernas, tetapi malangnya cadangan tersebut bukanlah datang dari pegawai2 kilang tersebut, tetapi ianya adalah cadangan dari seorang tukang sapu dikilang tersebut, pakcik tua itu mencadangkan diletakkan sebuah kipas angin yang laju ketika sabun2 tersebut bergerak untuk dikotakkan, relevannya, sekiranya kotak tersebut kosong maka ianya akan terbang jatuh kebawah, manakala kotak sabun yang berisi tidak akan terbang ditiupkan angin tersebut...idea yang bersahaja tetapi sangat bernas kerana tidak menggunakan atau menambahkan kos, malah senang dan efficient..akhirnya cadangan pakcik tua tersebut diguna pakai untuk meyelesaikan masalah yang dihadapi, ternyata idea tersebut berkesan dan masalah kilang tersebut pun selesai....
Pengajaran dan teladan
  1. jangan memandang rendah pada seseorang, waima dia adalah seorang yang berjawatan paling rendah didalam organisasi mahupun dimana2, kerana mungkin orang yang kita sangka rendah jawatannya adalah orang yang kurang hebat, tetapi janganlah disangka begitu, kerana mungkin dia adalah seorang yang hebat ilmu pengetahuannya dan luas pengalamannya, kita melihat kejayaan yang diraih seperti pemegang dilpoma, ijazah, master mahupun PHD sebagai tingkatan ilmu seseorang..jika anda melihat begitu, anda adalah seorang yang silap, kesemua pangkat tersebut adalah hanya nilai pandang masyarakat, bukanya nilai pandang Allah kepada hambanya, mana yang kita mahu, perhatian manusia ataupun perhatian Allah?? tepuk dada tanyerla iman masing2
  2. suatu idea yang hebat tidak semestinya datang dari seorang yang juga hebat, kita lihat organisasi kilang sabun tersebut, walaupun idea tersebut datangyer dari seorang tukang sapu, orang yang paling rendah jawatannya, tetapi cadangan beliau tetap dihargai dan tidak diperlekeh dek kerana statusnya sebagai seorang tukang sapu..bukan itu sahaja, didalam islam juga kita dianjurkan untuk bersikap lemah lembut sesama muslim, bahkan berkeras kepada orang2 kafir...jangan hanya melayan seseorang hanya kerana status dan kedudukannya sahaja, tetapi layanlah ia sebagai dirinya sendiri...

k cukuplah perkongsian kita pada hari ini, diharap dapat ambil ikhtibar dari kisah tersebut...

Ahad, 11 Oktober 2009

....

Assalamualaikum Buat Semua.....
beberapa hari ni tak de rasa n cerita yang nak dikongsikan, kejer2 yang sepatutnyer bergerak pun beku untuk beberapa hari ni, yang pasti tak tahu nak start or mula dari mana..dalam kepala terlalu banyak benda yang dilist, tapi mungkin perancangan yang kurang teliti dan mungkin juga sebab..ehm..tahla..
so, beberapa hari ni saya penuhkan aktiviti dengan membuka blog2 pembangunan jiwa, manala tahu boleh dapat balik semangat yang kian menjauh dan luntur.
ehm..mungkin kena balik kg seminggu dua kot, lama gak tak balik kg ni..tula antara yang terfikir di kepala disaat fikiran penuh sesak dengan perkara2 yang tah, saya pun tak tau nak cakap benda ape yang sesak sangt ni, of course pada Allah kita kembali, ehmm...time ni la nak ingat Tuhan..camtula biasanya manusia, selalu alpa dikala senang...time susah baru nak ingat pada Allah, yang mana sepatutnya kita ingat n damba setiap saat dan waktu. Tuhan yang mana meminjamkan kepada kita apa yang kita ada sekarang, tapi kita sebagai manusia seringkali lupa segala pinjaman yang diberikan... seolah2nya semuanya hak mutlak milik kita sendiri.Ya Allah maafkan atas kealpaan diri ini Ya Allah......

Rabu, 7 Oktober 2009

Mutiara Kata

Assalamualaikum Buat Semua..


Rabiatul Adawiyah pernah bersenandung, "Jika sujudku kepadaMu kerana takut neraka, maka bakarlah aku didalamnya, Jika sujudku kepadaMu kerana mendambakan syurga, tutuplah syurga itu untukku...Namun jika sujudku semata2 keranaMu, maka palingkan wajahMu ke arahku...."


"Semalam kita berkawan kerana kenangan silam. Hari ini kita masih berkawan kerana janji semalam. Esok kita akan terus berkawan kerana hari ini kita saling mendoakan. Namun jika esok tiada lagi, kutiplah kenangan yang terbina sebagai panduan dirimu di perjalanan yang tiada berkesudahan...."













Isnin, 5 Oktober 2009

Kisah Penjual tempe (Siri 2)

Assalamualaikum Buat Semua..
kita sambung balik kisah yang lalu..apakah yahg terjadi kepada Kenti?? Apakah nasib mak ton seterusnya??...
didalam kemalangan tersebut, kenti dan beberapa penjual tempe yang lain telah meninggal dunia, kerana mereka terjatuh didalam gaung yang dalam...maka, seorang jiran telah mengkhabarkan trajedi ini kepada mak ton
jiran: waduh!! gemana mau dibagitau sik sama mak ton ni??..mau bagitau atau engak, ish kena gitau ni..tok...tok...tok...(mengetuk pintu mak ton)
mak ton: oh Gopi..ngapa kamu??
jiran: mak ton..errrrr.....errrr
mak ton : errrrr ape?? ngomongin gopi...
jiran: errrrr...
mak ton: errr..apa?
jiran: kenti kemalangan
mak ton: apa? kenti kemalangan??
jiran: iya mak ton, di sana...
mak ton: waduh kenti..gemana ni? kenti gemana gopi??
jiran: kenti..kennn...kennnnnti... sudah gak ada buk..
mak ton : innalillah, waduh ape nasib ku ini, makin berdoa makin banyak musibah menimpa..kenapa Ya Allah??
jiran: banyak bersabar ya ibuk..
mak ton: nasib baik yer gopi, kalo gak, mak ton sekali pun sama kayak kenti
sejak peristiwa itu, mak ton terus melakukan kebiasaanya..kini tinggal mak ton seorang sahaja yang tinggal mengusahakan perusahaan tempe, kerana kebanyakkan perusaha tempe yang lain meninggal semasa kemalangan tersebut..
pada suatu hari, seorang saudagar kaya raya pengusaha sebuah hotel terkenal ingin mencari soorang penbuat tempe untuk memenuhi permintaan di hotelnya, melalui pencariannya akhirnya dia menemui mak ton, mengusaha tempe traditional yang enak tempenya...
saudagar: Assalamualaikum
mak ton: wa'alaikumussalam
saudagar: ini mak tuuun, ana saudagar kaya dari arab...
mak ton: iya..iya..ini saya, mau apa pak???
saudagar: ana dengar enta pembuat tempe
mak ton: enti..enti
saudagar: oh ya, enti pembuat tempe
mak ton : iya pak, mau berapa tempahannya pak
saudaagar:ehm..ana mahu 5000 bungkus laaa...
mak ton: 5000 bungkus pak?? untuk sehari??
saudagar: iya, 5000 bungkus untuk sehari
mak ton: Ya Allah, syukur alhamdulillah
saudagar: mak tuuunn...mulai esok selesai saja mak ton buat tempe hubungi saya, orang saya akan ambik tempe mak ton
mak ton: baik pak..baik pak...Ya Allah, syukur alhamdulillah
sejak dari hari itu perusahaan mak ton semakin maju dan maju, mak ton juga dapat membiayai pembelajaran tuti, akhirnya barulah mak ton nampak hikmahnya..dia rasa menyesal diatas perbuatannua yang pernah menyalahkan takqir...
bermula saat itu, mak ton bukan sahaja rajin membantu orang2 yang susah tetapi juga seorang yang dermawan, dia sangat berterima kasih kepada kenti yang telah membantu dia dan jua yang telah mengajarkan mak ton untuk bersolat hajat dan juga dhuha...

Pengajaran Cerita
1. semua yang Allah aturkan untuk kita mesti ade hikmahnya, tidak ada yang "DICIPTAKAN SECARA KEBETULAN". sebuah kisah tentang seorang lelaki pada hari tragedi 11 Sept, dia selalunya orang yang selalu datang awal, nak dijadikan cerita..pada hari tersebut pelbagai masalah timbul hinggalah dia terlambat ke tempat kerja, apabila sampai sahaja dikawasan tersebut, terkejutnya dia apabila dilihat kebakaran dan runtuhan terjadi pada bangunan dimana ia sepatutnya berapa pada waktu itu....barulah dia sedar semua kejadian yang menyebabkan dia lambat untuk datang kerja adalah nutuk menyelamatkan dia dari menjadi mangsa runtuhan..
2. hendaklah rasa bersyukur dengan apa yang ada, selalulah amalkan solat dhuha, insyaAllah Allah akan beri kita rezeki dari sumber yang kita tak pernah sangka


k itu sahaja pengajaran yang saya nak kongsi,sekian

Kisah Penjual Tempe (Siri 1)

Assalamualaikum Buat Semua..
Alhamdulillah hujung minggu lepas saya berpeluang untuk berprogram ala2 ESQ di Bluewave..so, sedikit perkongsian buat semua, daripada ape yang saya dapat melalui program tersebut...
Kisah ni tentang seorang wanita si penjual tempe (Mak Ton) di Jawa Barat, Indonesia..kita semua tahu tempe ni memang makanan favourite orang sana, Mak Ton mempunyai seorang anak (Tuti) dan seorang adik perempuan (Kenti)..kehidupan Mak Ton taklah sesenang mana, kerana bukan dia seorang sahaja yang menjual teme dikawasan tersebut...malah ramai lagi yang turun menjalankan perusahaan menjual tempe..nak dijadikan cerita, suatu hari Tuti mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Universitas Gadjah Mada, lalu tuti pun memberitahu ibunya akan hal ini..
Tuti: buk, Tuti dapat tawaran sambung sekolah buk..
Ibu: waduh..cammana kamu?dimana ya?
Tuti: di Gadjah Mada buk
Ibu: cammana ni ya Tuti, kita gak ada uwang.ehm..ya udah2..akan ibuk usahakan
Tuti: mekasih buk
sejak hari itu, Mak Ton selalu sahaja pusing memikirkan cara untuk mendapatkan dan menambahkan uwang..suatu hari Kenti telah mencadangkan untuk menambahkan hasil jualan mereka, kebiasaannya Mak Ton hanya menjual 500 bungkus sahaja, tetapi kenti telah mencadangkan untuk menambahkan lagi 500 bungkus..
disamping itu juga Kenti telah mensyorkan agar mak Ton melakukan sembahyang hajat dan solat dhuha,
Kenti: mbok, saya denger lagi kuliah pak ustaz..
mak Ton: Apa dia Kenti?
Kenti: Kata pak ustaz kita kena rajin solat hajat sama dhuha..
mak Ton: untuk apa itu Kenti
Kenti: agar...Allah bukak kan lagi pintu rezeki kita mbok..
Mak Ton: owh..kalo gitu, yuk kita mula ngerja in saat ini ya...
kenti: Ok jer mbok
so, keesokan harinya,Malam sebelum keluar menjual tempe..mak Ton dan Kenti melakukan sembahyang hajat dan juga Dhuha...Maka pada pagi itu, dengan semanagt yang baru Mak ton dan kenti telah keluar menjual tempe...didalam perjalanan, mereka telah dilanggar oleh seorang menunggang motosikal yang mabuk, habis jatuh kesemua tempe Mak ton kedalam sawah..
Mak Ton: waduh..brengsek kamu ya!! habis tempe aku..kenti ngapa ya, kita sudah mohon pada Allah, tapi ngapa jadi begini..bla...bla...blaa..Mak ton terus menerus menyalahkan takqir..
kenti: takperla Mbok, tempe saya masih elok, biarrin saja saya terus berjualan..
Mak Ton balik dengan penuh rasa kekecewaan, kenti pula terus menjual baki tempe yang masih elok, dirumah mak ton tak henti2 lagi menyalahkan takqir yang berlaku..
Alkisah Kenti pula mereruskan perjalanan, kenti dan beberapa penjual tempe yang lain menaiki bus untuk kekota bagi menjual tempe mereka,
pemandu bus tersebut didalam keadaan mabuk, dahla lagu dangdut kuat dipasang, sambil berdangdut pemandu tersebut membawa bus..entah macammana, pemandu tersebut telah terlajak dan bus tersebut telah pun masuk ke gaung bersama2 penumpang tadi termasukla kenti...
ehm..apakah yang terjadi pada kenti, macammna nasib mak ton seterusnya?? tunggu sambungan di lain entry..sekian

Khamis, 1 Oktober 2009

Ulum Al-Quran

Assalamualaikum Buat Semua..


. Kita telah gagal memberi 5 perkara kepada Al-Quran:

1) Nafas

2) Hati

3) Telinga

4) Tangan

5) Kaki Huraian ringkas:


Nafas

Kita gagal memberi nafas kepada Al Quran kerana menganggap Al Quran 'mati'. Sepertinya Al Quran tidak hidup dengan kita. Kerana itu kita tidak merasa bersalah untuk tidak menyentuhnya. Sebagaimana kita menanggapi orang yang sudah mati, sudah tidak bernafas dan tidak lagi tinggal dengan kita. Kita pun tidak lagi menyentuh orang mati. Kita hanya menyentuh dan memerlukan Al Quran itu bila kita berpindah rumah, mula mencari Al Quran dengan sangkaan bahawa Al Quran itu boleh jadi pengawal kepada rumah baru kita. Setelah itu Al Quran itu akan kembali ke tempat asal - tersimpan tanpa disentuh. Kalau kita memberi nafas kepada Al Quran, tentunya kita akan sentiasa berdamping dengannya, menyentuhnya dan mencarinya.


Hati

Kita gagal memberi hati kepada Al Quran. Tidak ada perasaan pada Al Quran. Tidak cinta pada Al Quran. Tidak ada kasih sayang pada Al Quran. Tidak memberi perhatian pada Al Quran. Kerana tidak ada semua perasaan itu maka kita selalu menjauh dari Al Quran. Kita melupakannya dalam hidup kita. Diibaratkan kita mencintai seseorang, kita akan memberi hati kepada orang itu, kita ada perasaan pada orang itu, kita cinta dan beri kasih sayang sepenuhnya. Kita ingat dia. Kita ingin selalu berdamping dengannya. Ustaz mengajak kita melihat susuan Al Quran yang dimulai dengan Surah Al Fatihah dan diakhiri dengan Surah tiga Qul. Sedangkan ayat pertama yang diturunkan kepada Rasulullah melalui Jibril adalah "Iqra'". Susunan itu semua sudah ditentukan Allah yang disampaikan lewat Jibril kepada Rasulullah. Dalam Al Quran ada 99 nama Allah yang mulia yang disebut Asma wa Sifat. Ayat pertama dalam Surah Al Fatihah adalah Basmalah yang terkandung di dalamnya sifat Allah ar-Rahman dan ar-Rahim. Ada hikmah disebalik penampilan pertama dua nama Allah itu. Semoga bila membaca Basmalah, hati orang mukmin akan cinta kepada Allah. Kita gersang kasih sayang Allah. Kalau kita tak membacanya kita tak merasa cinta. Diberi-Nya peringatan melalui surah-surah yang menceritakan tentang azab kerana Allah sayang pada kita supaya kita tidak lupa.


Telinga

Kita gagal memberi telinga kepada Al Quran. Bila kita diberi ujian, fikiran kita sempit, resah, gelisah. Sebab itu dalam 'seni counselling', pertama-tama yang counsellor lakukan bukanlah memberi saran atau nasihat tapi "memberi telinga". Mendengar luahan hati. Nabi bila bersusah hati akan mengambil wudhu', paling kurang bershalat dua rakaat dan membaca surah-surah Al Quran. Selain mententeramkan hati dengan bershalat dan berdoa, kita boleh mendapatkan ketenangan dengan membaca Al Quran. Alunan membaca ayat-ayat Al Quran penuh rahsia kerana ada keindahannya yang tersendiri. Terasa indah di dalam hati meski dibaca oleh berlainan orang dengan nada yang berbeda-beda


Tangan

Kita tidak pernah sudi memberi Al Quran peluang untuk mencorak diri kita, hati kita dan kehidupan kita. Sebagai contoh: jika kita ingin membuat sesuatu, misalnya membuat meja, membuat kuih dsb, kita akan gunakan tangan untuk membentuk objek-objek yang kita perlukan. Begitu juga dengan Al Quran, yang kandungannya sesuai untuk mencorak kehidupan kita. Allah telah mengurniakan Al Quran untuk mencorak kehidupan kita. Jika kita tidak membenarkan ini berlaku, kita akan dicorak oleh benda-benda lain. Nabi pernah membuat garisan lurus di tanah dan bersabda bahawa hanya ada satu jalan lurus - sirathal mustaqim - menuju Allah dan jalan-jalan lainnya adalah jalan syaitan. Coba teliti cara kita berfikir, cara bekerja, cara kita bersikap, cara kita berakhlaq - apakah mengikut cara yang sudah disebutkan dalam Al Quran?


Kaki

Kiasan anggota yang digunakan untuk berpijak. Manusia yang tidak berpijak di bumi berarti sedang berkhayal, di awang-awangan. Dianjurkan supaya menjalani hidup di dunia nyata bersandarkan Al Quran. Kita selalu anggap bahawa Al Quran begitu agung hanya untuk akhirat saja. Dibaca bila diperlukan saja. Kita tidak menganggap Al Quran sebagai satu realiti dalam kehidupan, yang sangat berguna untuk memperbaharui sikap dan berguna sebagai sumber motivsai.


Kata-Kata Hikmah

Assalamualaikum Buat Semua
Kita kongsi sedikit kata-kata hikmah untuk hari ini
Kata Hikmah 1
Sahabat kau sesungguhnya teman dikala ku susah dan senang, tika diriku tergadah didalam PERJUANGAN kau tiupkan ketabahn untukku ukirkan senyuman,tika diriku hampir dilambung ombak keduniaan kau hadir untuk membentuk diriku yang lemah ini..SAHABAT tiada ungkapan untuk ku luahkan atas ikatan persahabatan ini melainkan Allah merahmati dirimu dimana saja dikau berada...
Kata Hikmah 2
Bergunung mana pun harta, bukanlah KAYA namanya, jika MISKIN budi bahasa..segagah mana pun diri, bukanlah PAHLAWAN, jika NAFSU tidak dapat dilawan..secantik manapun rupa nan ayu, bukanlah namanya RATU, jika BURUK tingkahlaku..setinggi mana pun darjat, bukanlah namanya MULIA, jika tiada IMAN didada..melangit mana pun ilmu, bukanlah namanya BIJAKSANA, jika tidak DIAMAL dan DIGUNA..sealim mana pun warak, bukanlah namanya ULAMAK, jika TAKBUR dan RIAK...
Kata Hikmah 3
Lantaran lemahnya IMAN, manusia memandang kesusahan itu rintangan dan sering menangisinya..Namun manusia lupa, hakikatnya SENANG juga adalah ujian manusia untuk terus leka dengannya...
Kata Hikmah 4
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah..lantaran adanya lelaki, dunia menjadi sempurna..Lantaran adanya lelaki dan wanita kadang2 sempurnalah suatu kelemahan disebalik suatu kekuatan
Kata Hikmah 5
Bila engkau letih dan hilang rasa semangat, Allah tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya..Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, Allah telah mengira titisan air matamu..Bila engkau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, Allah sentiasa disisimu..Bila engkau telah mencuba segala tapi tidak tahu tujuan, Allah ada jalan penyelesaiannya..Bila tiada yang bererti buatmu, keliru dan kecewa, Allah adalah jawapannya...

Hari-Hari Terakhir 2

Assalamualaikum Buat semua....
Seperti yang dijanjikan, kita sambung kembali entry yang lepas...
ni pulak pasal majlis perpisahan..sub..sub..(sedeh)

rasanya ni first time majlis makan dibuat waktu malam di Geomatika, kalau tak biasanya buat kat taman tepi Apt.Intan, rasanya la..sebab pernah pegi dua kali, dua2 pun buat kat taman dimalam yang gelap

Majlis ni dianjurkan rakan-rakan sekerja dengan kerjasama pelajar, sebenarnya tak yah buat pun tak pe, sebab saya seganla..nak kena berucapla..pastu mesti ade adegan nangis2..tak ghitu?
tapi, nasib baik tak berapa nak sedih sebab budak2 ni kelakar sket..so dalam sedih kita ketawa..

(Sebahagian Pelajar yang Hadir)

Menu Malam tu:

Satay

Bihun Goreng Special

Nuget

Air + Buah
majlis malam tu diserikan dengan nyanyian Ayid@Farid, malu2 nak nyanyi, tapi tang corus tu fail sket..(jangan marah ayid ek), apepun majlis tu sangt bererti sebab saat tula saya dapat bagi sedikit amanat terakhir...(tapi tak ingat dah cakap ape malam tu, takut sangt, padahal dah biasa cakap dengan depa ni)..mungkin sebab, yerla kita orang yang diraikan malam tu kan...

ish..susah betul nak susun gambar ni, tak perla ok gak ni kan...atas tu sebahagian aktiviti bergambar pada malam tu..kenape ramai lelaki? memang department kami ramai lelaki, kalau tak silap perempuan tak sampai 10 orang compare dengan student lelaki hampir 40 orang....

k inilah kisahnya...sekian











Rabu, 30 September 2009

Hari-Hari Terakhir


Assalamualaikum Buat Semua...
entry kali ni nak cerita sket pasal hari-hari terakhir saya di Kolej, memang pada awalnya saya merancang untuk bekerja hanya setakat untuk 6-7 bulan, tetapi alhamdulillah saya dapat bertahan disitu selama 8 bulan, bukan tak ada peluang kerja ditempat lain, tapi itulah tempat yang paling mudah untuk saya membuat dua kerja dalam satu masa (bekerja + belajar).


Lebih kurang pertengahan bulan 7 akhirnya saya ambil keputusan untuk hantar notis berhenti kerja, walaupun ketika itu saya dah dapat offer sebagai pekerja tetap, ehm..lama jugak nak buat keputusan, sebabnya kesian kat student...lagipun banyak lagi silibus saya tak cover waktu tu, tapi takperla, saya fikir kalau saya tak hantar pun, satu hari nanti saya kena jugak hantar..so akhirnya setelah seminggu saya peram surat tu, tanggal 14 Julai ku gagahkan jugak diri ini untuk hantar..fuh...lega sangt2, tak dapat nak digambarkan perasaan waktu tu, macam melepaskan satu batu besar dari bahu..can u image, lega sangt kan...mungkin camni jugakla kot perasaan orang2 yang pernah hantar surat resign..akhirnya saya dapat rasa sendiri..hehe

(Ni la rakan2 sekerja, tapi kurang sorang n yang tersesat depatment.. sorang)


nak diceritakan, sepanjang tempoh notis tu, saya tak cakap pun kat student..buat2 cam biasa jer, mungkin tak nak tengok depa sedih kot, lagipun time tu saya sangt busy dengan nak uruskan percutian budak2 france dan macam2 lain..


Ditakdirkan,dua minggu terakhir sebelum nak berhenti kerja tu..saya diserang virus denggi..ingatkan demam biasa jer, tapi waktu tu badan panas sangt selama beberapa hari, selera makan pun tak de..makan apepun semua rasa pahit..perut rasa lapar sangt time tu..alas perut ngan kismis jer, tu jer yang tak rasa pahit.. then housemate pun ajak pergi cek kat Hospital Ampang..Lama kami tunggu turn nak jumpe doktor..datang pukul 12mlm, jumpe doktor pukul 5pg..tapi sebelum tu depa dah bagi makan panadol sebab badan panas sangt, doktor ambil darah, then after 15 mins kena panggil masuk, dengan tenang doktor tu cakap "Sharifah awak kena denggi"..saya wat selamber je sebab time tu agak tak berdaya gak waktu tu..lepas masuk air dua botol, kul 8pg kami balik..tak kena tahan wad, mungkin time tu tengah hangat kes H1N1..so seminggu jugakla saya dapat MC..

Lepas jer pulih dari demam, seminggu gak badan rasa lemah2 lagi, tanya kawan yang pernah kena dia kata memang macamtu, lagi satu disebabkan denggi mata saya jadi kabur n terasa macam ade satu benda duduk depan mata yang menghalang penglihatan kita..tapi alhamdulillah sekarang semakin ok.
so, tinggal lagi baki seminggu, dan saya pun cakapla kat student, "ni minggu last saya ajar awak, lepas ni ade pensyarah lain akan take over" semuanya "haaaaaaaaa...kenapa cik???".."ehm, saya nak sambung belajar, jangan risau, dekat jer..kamu boleh jer jumpe saya lagi lepas ni insyaAllah". dari situ tersebar luasla berita saya nak resign dikalangan student, minggu tu memang minggu yang sibuk, sebab saya kena submit soalan peperiksa, marking assignment, kuis n test student..buat slip exam, uruskan penempatan praktikal budak2 sem 5....ehm, dan buat pertama kalinya sejak kerja saya terpaksa balik lambat sebab nak buat kejer, balik lambat tuk perkara lain tu selalula..tapi balik lambat sebab buat kerja seingat saya, nila pertama kali..pekerja yan gbaik kan..
ehm..panjang sangat la pulak, kita sambung lain kali, majlis perpisahan saya dengan pelajar...sekian




Kenangan lalu 2

Assalamualaikum Buat semua
ehm..mula2 rasa macam tak boleh jer nak menulis kalau buat blog ni, tapi bila dah ada, ade jer idea yang nak dikongsi..kita sambung balik kisah yang sebelum ni...
buat pengetahuan semua, sebelum kerja di kolej , saya pernah berpengalaman mengajar disekolah agama rakyat dan juga sebuah IPTA di perak sana..dari semua pengalaman tulah saya garabkan semuanya bersama untuk dijadikan panduan untuk diri saya di hari muka..

dari situ saya belajar banyak tentang dunia pengajaran , terutamanya bila nak berhadapan dengan anak-anak murid.yerla sekarang ni dunia pengajaran semakin mencabar dengan berkembangnya kemajuan teknologi pada hari ini...

(sebahagian daripada anak-anak murid)

berbeza sangat dengan masa saya belajar dulu, nak datang lambat,buat bising dan apetah lagi melawan..tak berani pun nak buat, tapi sekarang ni cikgu2 yang nak kena ambik hati pelajar untuk menambahkan minat pelajar untuk belajar....kalau anak2 tak lulus sape yang disalahkan?? cikgu jugak..tapi walau besar manapun cabaran seorang guru, ianya adalah satu pekerjaan yang paling mulia...tugasnya bukan sahaja untuk mengajarkan ilmu, tetapi juga mengajar untuk menjadikan pelajarnya menjadi seornag manusia yang berguna untuk agama, bangsa dan orang sekelilingnya...

tula salah satu sebab saya sangat sukakan bidang ini, selain meyampaikan ilmu, kita jugak boleh dapat pahala berpanjangan jika ilmu yang kita ajarkan tu, diamalkn oleh pelajar2 kita..insyaAllah

(sebahagian pelajar non-muslim sabah)

tapi dikolej ni, kebanyakan pelajar saya dikalangan pelajar sabah yang non-muslim, jika dilihat dari semangat dan ketekunan mereka mengejar ilmu kalah kalau nak dibandingkan dengan pelajar yang muslim...kadang2 depa yang malu sendiri dengan pelajar non-muslim..
pernah satu ketika saya tanyakan kepada seorang pelajar ni..dialog tersebut seperti dibawah
saya: biasa orang sabah menganut agama ape?
pelajar:kristian ada, muslim pun ade..yang tak ada agama pun ada
saya: so, kamu menganut agama ape?
pelajar: saya tak ambik mana2 agama
saya: dengan muka terkejut "ish, kenapa plak macam tu?
pelajar: yerla, banyak sangat Tuhan, so saya ambik yang tengah2...tak ambik mana2 Tuhan
saya: ish mana boleh camtu..habis sape yang ciptakan kamu?
pelajar : Tuhan
saya : so kalau kalo Tuhan cipkatan kenapa pulak kamu tak berterima kasih pada orang yang menciptakan kamu??
pelajar: tah..dan sambil termenung....
perbualan tu terhenti setakat itu saja, mungkin dia terfikir..dan saya pun memberikan masa untuk dia berfikir.. lepas tu kami pun sambungla kelas yang tertangguh tadi...
k la itu sahaja nukilan saya, ada masa kita sambung lagi...

Kenangan yang Lalu

Ehm..nak share sedikit tentang pengalaman lepas sebagai tutor di sebuah Kolej Swasta
mostly budak2 ni lelaki, ada satu kelas tu seorang jer siswi..yang lain tu semuanyer lelaki..


ape yang sayaa nak share dari pengalaman lalu, ialah bukan senang nak jadi tenaga pengajar ni, ilmu mestilah cukup, bila nak jawab soalan2 yang kadang2 tu..ish..apesal aku tak tau ni...camne nak explain kat student..kalau saya kurang jelas tengtang sesuatu perkara tu,....senang jer," ehm...k, ni assignment terbaru kamu...bla..bla.." tu salah satu kaedah..

(muka-muka yang tak sabar untuk berseminar)

yerla, kena la jaga air muka kita, kadang-kadang tu kena berlagak pandai gak, yela kalau semua soalan2 student pun tak boleh jawab, ape kes plak kan?? tapi kalo dah tak tau lansung, memang saya cakap tak tau..lagi la mudah, tapi takla membiarkan terus persolan tadi tak terjawab, jawab tapi dilain waktu dan masa

ehm..rasanyer cukupla dulu untuk hari ini..dah nak balik..mungkin ade sambungan esok, insyaAllah

First Entry

Assalamualaikum..



Selamat datang buat diriku kedunia blog...