keriAngan MaMPu TerGamBar Pada Wajah, Namun Tidak MunGkin Pada HATI...SegaLanya Bukan SenGaja, Tapi Ia AdaLah KetenTuan ILLAHI..Allah MenJauhKan HATI dari WAJAH adaLah Atas RahMatnya yang Tidak TerhinGga..Kerna Walau Duka Manapun Hati, Namun Ia Masih Bisa Menguntumkan SenYuman pada Wajah..Lantas Insan Sekeliling Jua TerSenyum.Ciptaan Ilahi Penuh Hikmah
Rabu, 13 Oktober 2010
Daun yang Jatuh Takkan Bencikan Angin
KeranaMu Tuhanku, saat aku memohon teman yang mengemburkan keimanan dan Kau anugerahkan dia menjadi pohon singgahana agar rimbunnya menjadi teduhanku dari bahang kemarau kehidupan. Bagaimana Kau meminta dia dariku kembali, sedang aku dan dia nyata milik-MU.
PadaMu kuserahkannya, andai pengorbanan itu mahar keredhaan. Kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telahku redha untuk sebuah perpisahan.”
Pernahkah kita bertemu dengan seseorang yang tidak pernah kita kenal siapa dia, tidak pernah kita tanyakan dari mana asalnya. Dan dia duduk seketika bersama kita, menyinggahi kamar kehidupan dan meninggalkan kalam bisunya di ruangan jiwa.
Dimensi pertemuan itu berbeza, saat kita tidak pernah melihat wajahnya namun kita bagai tahu bagaimana redup pandangannya. Dan tika kita tidak pernah sekali pun mendengar suaranya, kita bagai kenal nada bahasanya.
Dan kita tertawan pada agamanya, saat tazkirah dan nasihat menjadi utusan hatinya..saat hadis-hadis Baginda bermain dalam ratib bahasanya dan Al Huda menjadi ayat karangan jiwanya. Dan bagi kita,sahabat adalah keperluan jiwa. Dialah ladang hati, yang kita taburi dengan kasih dan kita tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan pada kita, dialah anugerah istimewa dariNya saat kita memohon padaNya memilih teman perjalanan yang terbaik dalam kembara perjuangan di jalanNya.
Begitu tika Dia hadirkannya berkali-kali menemani lena kita, saat istikharah yang kita pinta menjadi jawapanNya. Sehingga seluruh jiwa kita menyangka dialah sahabat yang bakal menjadi menjadi tonggak perjuangan selama masa kehidupan. Dan tika itu kita mengharapkan persahabatan yang berpanjangan dengan ikatan yang lebih kukuh dan diredhai..agar utusan hatinya sentiasa menemani kita, ratib bahasanya terus didendangkan di telinga dan karangan jiwanya terus kemas terukir saat kita alpa.
Dan tidak pernah ada prasangka, bagaimana andai hadir kita memberi masalah padanya..kewujudan kita tanpa sedar mengganggu hatinya bertemu Pencipta. Dan kita terpaku tiba-tiba, dari doa yang kita pohon agar persahabatan dinaungi rahmatNya tiba-tiba bertukar cela. Mungkinkah dalam persahabatan itu penuh terpalit dosa, apakah nasihat kita melaghokan jiwanya..saat kita bersahabat kerana agamaNya.
Namun tiba saat mengharuskan kita sedar, saat pertemuan diqasadkan untuk memburu redhaNya maka perpisahan keranaNya pasti membuah makna. Tika kita merunduk tawadhu` pada ketentuanNya dalam kudus jiwa kita membelas pada ketentuan takdir.. yakinlah Dia tidak pernah menganiaya hambaNya.
Kalau kehadiran dianggap menyusahkan, moga pemergian menghembuskan ketenangan. Bila membenih subur kerana ukhuwwah, biar jatuh gugur dalam mahabbah. Kerana daun yang jatuh takkan sekali-kali membenci angin. Dan amankanlah hatimu dengan janjiNya :"..Dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hambaNya." Fussilat::46.
sumber ~ i love islam~
Selasa, 17 Ogos 2010
10 Cara Membina Motivasi Diri
1. Perbaiki imej anda
Cuba lakukan sedikit perubahanKalau selama ini anda tidak kisah kalau seluar yang dipakai sehingga seminggu dan tidak bergosok, cuba kali ini menukarnya selalu dan pelbagaikan warnanya. Jika anda wanita, tukar imej kusam kepada kemas. Elegan dan aktif. Perkemaskan juga wajah anda denga sedikit solekan ringan. Kenakan warna-warna ceria pada tubuh anda; pada baju dan tudung. Hiasi jari dengan sebentuk cincin untuk menambah seri. Jangan terlalu pendiam, tetapi jangan pula terlalu bising. Bersikap sederhana dan ringankan mulut jika orang meminta pendapat.
2. Lakukan senaman ringan
3. Senyum
Senyum boleh mengubah segala-galanya. Hadiahkanlah senyuman kepada seseorang, anda akan mendapat senyumannya balik.
4. Berfikiran positif
Berfikiran positif membolehkan minda anda mengeluarkan arus alpha iaitu arus kecemerlangan untuk membina kejayaan. Berfikiran positif juga membuatkan perkara yang sukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan insyaAllah rezeki pun akan meluas. Fikiran-fikiran positif itu adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan. Selama kita berfikiran positif, selama itulah menjadi satu pengharapan yang amat besar terhadap ALLAH.
5. Dapatkan tidur yang mencukupi
Rungsing dan marah-marah kadangkala disebabkan keletihan akibat tidak mendapat rehat yang mencukupi. Tidur yang tidak mencukupi akan mencetuskan arus theta atau arus delta, dua arus kemunduran.
6. Luahkan pada seseorang
Anda memerlukan seorang sahabat ketika anda berasa tidak stabil seperti ini, bahkan dalam suasana yang biasa pun anda memerlukan seorang sahabat.
7. Curahkan di atas kertas
Curahkan semua yang merunsingkan fikiran anda itu ke atas kertas. Curahkan segala-galanya tanpa tertinggal satu pun. Kemudian bakar dan hanyutkan ke sungai. Terasa lega.
8. Bersedia untuk berubah
Jangan teragak-agak untuk melakukan perubahan. Jika orang lain boleh, mengapa anda tidak? Apa istimewanya orang lain, sedang anda juga makhluk ALLAH yang dikurniakan dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan tertentu.
9. Cari kegemaran baru
Sesetengah daripada kesukaan kita akan sampai kepada penghujungnya. Hobi juga begitu. Maka apabila anda mula merasakan hidup ini mulai kosong carilah kegemaran-kegemaran baru. Tidak salah bermain game misalnya, untuk melihat adakah minat anda boleh tumbuh di sini.
10. Bertegaslah
Bertegaslah dengan diri anda sendiri. Apabila anda mengambil satu-satu keputusan anda berpegang teguh pada keputusan itu dengan meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa anda akan berjaya.
Ahad, 11 Julai 2010
Update
huhhh bersawang sudah ruangan maya ini..lama tak menjenguk...dekat sebulan rasanya.. boleh dikatakan macam boleh la nak bernafas sikit..3 minggu menghadiri kursus membuat diri sangat padat dengan aktiviti dan sangat terikat dengan masa, teringat saya masa diploma di arau dulu..tujuh hari seminggu, 24jam sehari..rasanya jadual saya sangat penuh dan sentiasa terisi..bila ada banyak perancangan dan nampak apa yang harus diutamakan..pandai pulak saya menyusun semuanya dengan baik, setiap celahan waktu tidak akan dibazirkan begitu sahaja...setiap detik waktu yang berlalu sangat2 berharga..betulla kata bijak pandai, masa yang terlalu banyak, lagi membuatkan kita tidak pandai untuk menggunakannya..entah mengapa sejak meninggalkan bumi arau, kehidupan saya sedikit kurang teratur..lebih banyak menghabiskan waktu dengan benda2 yang tidak berfaedah dan hati kurang terisi dengan ilmu...sungguh waktu itu saya sangt merasakan jauhnya hati in dengan Tuhan, sangt kurang bertadabbur tentang kekurangan diri.....
lama saya berkeadaan begini...sedih dan pilu waktu tu hanya Allah yang tahu, saya sedar tapi saya tidak melakukan ape2 untuk berubah...terasa besarnya ujian Allah, namun ku tetap berdoa agar Allah tegarkan hati ini untuk sabar dan kuat menempuhi semua ujian2 tersebut...alhamdulillah saya dapat merasakan sedikit perubahan, saya lebih menghargai orang2 yang menyanyangi saya, menghargai masa yang ada sebelum ajal menjemput, menghargai peluang berbuat kebaikan..ya Allah aku bersyukur dengan anugerah yang kau kurniakan walaupun sudah lama ku dambakan...ya..saya dapt melihat segala hikmah disebalik semua peristiwa yang berlaku..terima kasih ya Allah, telah banyak aku belajar daripada erti kehidupan yang engkau aturkan ini..tarbiyah dariMu untuk membentuk aku agar menjadi hambamu yang beriman dan bertaqwa.....ramai sahabt2 kata saya seorang yang hebat, tidakkah mereka tahu bahawa setiap perlakuan mereka akan saya perhatikan untuk membandingkan apekah kebaikan meraka lakukan berbanding aku..sabahat2 terima kasih kerana banyak menunjukkan perlakuan yang elok untuk aku ikuti..kadang2 sengaja aku mengorek kisah hidup mereka..subhanallah, terasa diri ini kerdil sungguh dihadapanMu ya ALlah..mereka lagi hebat dalam mencari cintamu aku terlalu lemah ya Allah..namun kugagahkan hati untuk bangun mengejar cintamu ya Allah...Ya Allah teguhkan hati hambaMu ini ya Allah...
Alhamdulillah sedikit demi sedikit aku kembali menjadi insan yang suatu masa dahulu aku hanya ikut-ikut sahaja, tapi waktu ini aku bangun atas kefahaman yang aku cari2 selama ini...ya Allah istiqomahkan aku diatas jalanmu....Amin
Jumaat, 28 Mei 2010
(gambar ikan keli terbesar kot..sumber:internet)
malam tadi ziarah sahabat nikah, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun diiringi dengan deraian air mata, bab yang sedih tu bila mak pengantin membacakan watikah untuk pengantin perempuan dan sebaliknya..sedih2..ramai sahabat yang datang, kali sahaja dah empat kereta..eh, rasanya kami jer yang ramai, yang lain tu akhi safwan n akhi husni suami isteri...
ehm cukuplah cerita untuk kali ni, nak tengok imam muda..
~walluhua'lam~
Isnin, 24 Mei 2010
Cinta Itu Di Hati

Cinta itu adalah fitrah hati
Cantiknya Wanita ITU...

Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia

Tetapi pada keperibadian terpelihara


Isnin, 17 Mei 2010
ITEC 2010
disudut sisi booth UiTM, kami mempertandingkan lebih kurang 50 penyertaan daripada pelbagai UiTM seluruh negari, peserta dipilih berdasarkan pemenang IID UiTM yang diadakan January lepas, kalau tak silap saya ade post satu entry mengenai IID 2010..