Selasa, 20 Oktober 2009

Kisah Kilang sabun


Assalamualaikum...
Lama dah tak coret sesuatu dalam blog ni, bukan sibuk mana pun...tapi idea untuk menulis tu tiba2 macam hilang kejap, ehm..hari ni nak kongsi sikit tentang kisah sebuah kilang sabun..

(sabun-sekadar hiasan)

alkisah disebuah kilang sabun di jermen, kilang ni adalah sebuah kilang yang membekalkan sabun ke seleluruh pelosok dunia, nak dijadikan cerita, ianya sebuah kilang sabun yang terkenal, ternama dan maju...


setiap bulan kilang tersebut akan membekalkan 500 kotak untuk setiap negara yang yang memesan sabun mereka..namun, entah dimana silapnya tiba sahaja akhir bulan..setiap negara yang dibekalkan sabun tersebut akak memulangkan kembali sebanyak 200 kotak kepada kilang tersebut..mereka mengatakan bahawa kotak sabun yang dibekalkan adalah kosong..

Jadi timbulla satu isu besar bagi syarikat tersebut, cara bagaimana hendak mengatasi masalah yang timbul, pihak pengurusan agak pening kepala dengan masalah yang timbul..yerla, kos pemulangan sahaja telah memakan belanja yang agak besar, kalau masalah ini berterusan mungkin mereka akan menghadapi kerugian yang besar...


akhirnya, pihak pengurusan pengumumkan kepada semua kakitangan kilang tersebut untuk memikirkan kaedah penyelesaian yang terbaik lagi ekonomi untuk mengatasinya..bagi cadangan yang terbaik pihak pengurusan akan memberikan insentif yang menarik...maka berlumba-lumbalah semua kakitangan disitu memberikan cadangan dan idea yang menarik, ada yang mencadangkan cadangan2 yang bagus dan bernas, diantaranya ada yang mencadangkan untuk diletakkan alat scanner,penimbang, dan bermacam2 idea dan cadangan, tetapi semua idea tersebut memerlukan tambahan kos bagi pihak pengurusan..
ish..pening jugak nak selesaikan masalah ni, cadangan dah banyak disumbang, tapi satu pun tidak menolong menyelesaikan masalah, tambahkan beban keewangan lagi adalah.tulah antara rungutan pihak pengurusan, bukan tidak berterima kasih dengan cadang2 yang diberikan, tapi jika difikirkan dari segi ekonomi cadangan2 tersebut kurang menepati kehendak pihak atasan...
setelah beberapa lama, akhirnya meraka mendapati satu cadangan yang sangat bernas, tetapi malangnya cadangan tersebut bukanlah datang dari pegawai2 kilang tersebut, tetapi ianya adalah cadangan dari seorang tukang sapu dikilang tersebut, pakcik tua itu mencadangkan diletakkan sebuah kipas angin yang laju ketika sabun2 tersebut bergerak untuk dikotakkan, relevannya, sekiranya kotak tersebut kosong maka ianya akan terbang jatuh kebawah, manakala kotak sabun yang berisi tidak akan terbang ditiupkan angin tersebut...idea yang bersahaja tetapi sangat bernas kerana tidak menggunakan atau menambahkan kos, malah senang dan efficient..akhirnya cadangan pakcik tua tersebut diguna pakai untuk meyelesaikan masalah yang dihadapi, ternyata idea tersebut berkesan dan masalah kilang tersebut pun selesai....
Pengajaran dan teladan
  1. jangan memandang rendah pada seseorang, waima dia adalah seorang yang berjawatan paling rendah didalam organisasi mahupun dimana2, kerana mungkin orang yang kita sangka rendah jawatannya adalah orang yang kurang hebat, tetapi janganlah disangka begitu, kerana mungkin dia adalah seorang yang hebat ilmu pengetahuannya dan luas pengalamannya, kita melihat kejayaan yang diraih seperti pemegang dilpoma, ijazah, master mahupun PHD sebagai tingkatan ilmu seseorang..jika anda melihat begitu, anda adalah seorang yang silap, kesemua pangkat tersebut adalah hanya nilai pandang masyarakat, bukanya nilai pandang Allah kepada hambanya, mana yang kita mahu, perhatian manusia ataupun perhatian Allah?? tepuk dada tanyerla iman masing2
  2. suatu idea yang hebat tidak semestinya datang dari seorang yang juga hebat, kita lihat organisasi kilang sabun tersebut, walaupun idea tersebut datangyer dari seorang tukang sapu, orang yang paling rendah jawatannya, tetapi cadangan beliau tetap dihargai dan tidak diperlekeh dek kerana statusnya sebagai seorang tukang sapu..bukan itu sahaja, didalam islam juga kita dianjurkan untuk bersikap lemah lembut sesama muslim, bahkan berkeras kepada orang2 kafir...jangan hanya melayan seseorang hanya kerana status dan kedudukannya sahaja, tetapi layanlah ia sebagai dirinya sendiri...

k cukuplah perkongsian kita pada hari ini, diharap dapat ambil ikhtibar dari kisah tersebut...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan