Selasa, 27 April 2010

Bicara LArut Malam

Assalamualaikum....
Lama dah tak singgah diblog ni, terasa nak update, tapi kekeringan idea untuk menulis..hujung minggu yang lepas alhamdulillah berpeluang berjumpa dengan sahabat dan mas'ulah dari perlis, jadi berkelanalah saya sampai ke Gombak hari tu, dengan lansung tiada pengetahuan arah tuju kesana alhamdulillah akhirnya sampai juga tempat tujuan, insyaAllah lepas ni tak de masalah untuk sampai ke gombak dah, sejak berkereta ni saya banyak menyahhut cabaran untuk jadi driver ke tempat2 yang tak pernah saya sampai, bukan ape..time ni la nak belajar kenal jalan...dan yang lebih penting lagi belajar untuk menjadi pemandu yang lebih bersabar dan berhati-hati..


Dari gombak, kam bergegas ke TTDI, satu lagi tempat yang saya tak pernah pun sampai sebelum ni, hanya mendengar nama tempat jer, program dijadualkan bermula jam 2, tapi kerana program digombak habis agak lewat, terpaksalah saya "drift"ke TTDI..alhamdulillah perjalanan lancar dan tidak tersasar sedikit pun, atas keyakinan dengan niat yang baik pasti Allah memberi kita jalan..alhamdulillah sampai ke tempat program penceramah tak sampai lagi, mungkin rezeki kami Allah bagi peluang untuk dengar pengisian hari tu

Ehm..pengisian yang sangt bermanfaat dari ustaz hasrizal, seminar pendakwah muda, antara intipati yang dikongsi ialah tugas berdakwah, cabaran dan halangannya...antara yagn boleh dikongsi adalah kemahiran mendengar..ramai orang boleh bercakap, tapi kurang orang yang boleh mendengar, kerana bila kita mendengar sahaja, terasa macam kurang jer ilmu didada ni, tetapi inilah hakikatnyer manusia, yang banyak bercakap tula yang dikatakan hebat dan berilmu, jika lihat keagungan Allah didalam penciptaan manusia, Dia menciptakan manusia dengan dua telinga untuk lebih mendengar berbanding satu mulut untuk kurangkan bercakap..




(gambar: sekadar hiasan)

Sebenarnya banyak lagi yang hendak dikongsi, tetapi mata tak tertahan lagi untuk ditahan, insyAllah sambung dilain entry jika berkesempatan..

~Sampaikanlah walau satu ayat~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan