Khamis, 23 Disember 2010

Di Suatu Ketika

Assalamualaikum..
.lama tak bersua khabar dan berita, berhabuk dah laman sesawang ni, alhamdulillah Allah beri kesempatan untuk mencoretkan sesuatu untuk tatapan kalian semua..

semalam lepas balik dari beli nasi ayam kukus si seksyen 7, betul-betul hadapan blok unisel saya terpandang seorang adik tu tengah berusaha untuk menampung sahabatnya yang sedang pengsan, saya yang ketika itu sedang lalu automatik membrekkan kereta untuk bertanya, memandangkan keadaaan kawannya yang tidak sedarkan diri terus jer tak jadi tanya dan meminta adik tersebut untuk masuk kedalam kereta...lawak jugak, ingat nak suruh adik tu angkat kawan dia sorang jer, tapi nampak macam tak mampu jer so terpaksala turun tuk angkat sama, "adik tinggal kat mana" "macammana ni nak balik ke nak gi klinik" adik tu jawab " tak tau kak, kami duduk kat mais" melihat kepada keadaan kawannya yang tidak sedarkan diri saya terus drift ke klinik berhampiran.."adik ada cukup duit nak gi klinik? (dalam hati duit saya ade dalam belasan ringgit ni, tu pasai kena tanya) " ade kak , cukup tuk gi klinik" kata adik tu..alhamdulillah

sampai di klinik nak jugak marah pada staff nurse kat situ, diorng siap nak ambik pendaftaran dan suruh tunggu jap, cubala banyangkan keadaan yang datang tu dah parah n nyawa2 ikan tah2 macam tu jugak ke depa layan..ehm nak marah jugak pada kakak tu, tak boleh ke terus masuk untuk cek n jumpe doktor..alahai akak nurse, ni kes emergency..tolong consider sket..tapi tak perla adik tu pun tak berapa nak kritikal n lepas check-up doktor kata mungkin stress dengan masalah tu yg jatuh pengsan..alhandulillah semuanya ok

doktor arahkan untuk adik tu rehat sekejap, n mungkin saya tak boleh nak tunggu lama kat situ dan tanyaka pada kawannya tu ade tak orang nak ambik diorang dari klinik, alhamdulillah Allah permudahkan, ada kawan mereka yang boleh ambik..yang paling meyentuh hati dan kalbu, adik tu mengucapkan terima kasih dalam keadaan terharu n hampir menitiskan air mata, dia kata tak tau nak minta tolong pada sape2, mujur akak datang..takperla dik akak doakan semuanya selamat..sempat tanya nama dan terlupa nak mintak no fon

so ape yang nak dijadikan pengajaran disini, sikap kita sesama muslim, pada pandangan saya sudah ramai yang lalau disitu, tapi tiada sorang pun yang sudi untuk berhenti dan bertanya..dimana hilangnya sifat prihatin rakyat malaysia, mungkin jugak takut dengan kes2 rompakan yang melibatkan lakonan begitu,..mungkin juga..saya pun mula2 tu terfikir jugak camtu, tapi melihat kepada keikhlasan adik tu membuatkan saya lupakan jauh semua tu dan mintak Allah permudahkan semuanya...

n alhamdulliah saya tinggalkan mereka setelah semuanya dalam keadaan baik..n ianya satu pengalaman yang berharga buat saya..tunjukkan akhlak yang baik juga adalah satu dakwah untuk menyebarkan islam..jadikan akhlak yang baik untuk mencerminkan peribadi muslim yang baik...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan