Assalamualaikum..
alhamdulillah segala puji bagi Allah yang mengizinkan saya untuk menjejakkan kaki ke bumi bertuah perlis dan jua dengan izinNya saya kembali ke shah alam dalam keadaan selamat pergi dan balik..
Perancangan awal untuk turun ke Perlis adalah sebagai memenuhi undangan walimah adik kesayangan ku ini, Muhaini..Alhamdulillah selamat sudah pun adikku bergelar seorang isteri, Akak doakan semoga dirimu tabah dalam mengharungi pahit getir didalam membina bahtera rumahtangga..
just nak citer pengalaman sket, antara aktiviti yang sempat dilakukan....
Day 1 (Jumaat @ 3 Zulhijjah)
Perjalanan ke Perlis dari Shah Alam memakan masa kira2 5 jam, alhamdulillah akhirnya selamat sampai di stesen Kangar dan sahabat yang sangt baik hati ni sudi untuk menjemput saya dikala keheningan dan kesejukan pagi sangat mencengkam waktu itu, terasa lama sangat tidak berjumpa dengan sahabat2, terasa ketenangan menggigit tangkai hati tatkala menjejak kaki ke bumi perlis..ehm..tenang sungguh..
Perancangan pagi tu nak sambung tido kejap, yerla tido dalam bas ni manala selesa sangat, tapi disebabkan keterujaan berjumpa dengan sahabat yang lama tidak bersua muka, akhirnya mata yang pada mulanya mengantuk, terasa sangat segar dan bertenaga..ape lagi, kami pun plan breakfast di RFH (Radix Chiken House), khabarnya nasi lemak disana tak menggunakan santan, malah menggunakan VCO (minyak kelapa dara) untuk menggantikan santan, berkhasiat sungguh..so, kawan2 yang tak merasa merasa lagi tu, cuba2 la merasa, tak rugila kalau pegi makan kat RCH tu, gerenti puas hati, insyaAllah
Alhamdulillah kenyang makan kat RCH tu tadi, kembara hari tersebut diteruskan untuk menziarah Mama (panggilan adik2 kampus untuk ketua DMPNP), mama ni tak de rezeki untuk mempunyai anak sendiri, namun Allah gantikan anak2 tersebut dengan anak2 angkat yang sangt ramai untuk mama, n mama tak pernah terkilan dengan ujian yang Allah beri untuk dia, tapi mama ada jaga anak sedara dia sorang ni, kami panggil dia Dik Wan, tengah mengaji di Insaniyyah sekarang ni..kat rumah mama tak la banyak aktiviti yang kami nak buat, sempatla tolong mama masak, pi tangkap ikan, dan tido sat kat rumah mama, ngantuk sangt time tu...yerla sementelah nak tunggu kawan tu nak siapkan jubah dia, kononnya nak guna tuk hari kenduri esok..
Lepas jumaat tu, kami singgah jap kat tapak projek semaian cendawan, projek seorang sahabiah yang bekerja sepenuh masa dengan Jemaah, alhamdulillah rezeki tu tetap ade dan Allah permudahkan jalan bagi dia..macam2 business dia try buat, dari tanaman cendawan, berkembang plak tuk usahakan katering, apepun adikku, akak doakan moga dipermudahkan urusan dan diri mu tabah dalam mengharungi segala ujian didalam hidup ini (cewah! bermadah pujangga plak)
Lepas asar kami teruskan program ziarah ke rumah Akhowat yang ada kat perlis, sempat singgah rumah kak Ros jer, yang lain tak de kat rumah..tapi tak perla, dapt jugak lepaskan rindu dan daptkan sedikit nasihat n yang penting dapat jumpe kak ros balik, teringat time ngajar kat Balai Dakwah 4 tahun yang lepas..masa dapt bergerak dengan kawasan, selalu jer gi saing dengan kak ros, k.ros gi sana saya ikut, dia gi sinun saya tetap ikut dia, senang kata jadi teman setia dia gi mana2 la, tu time dia tak kawin lagi, lepas kawin terus jer dia dok Peneng dan akhirnya sekarang menetap di Perlis...then saya pun sambung study di shah alam..Besar dah anak k.ros, Amira Balqis, pandai pulak tu dah cakap utara, habisla tok dia nanti, balik selangor cucu dia cakap perlis daa..hehe
sambung pulak cerita diwaktu malam, malam tu ade sahabiah yang lain baru sampai, zawani dan zurairah..kami berkumpul diperlis untuk pergerakan pi kenduri keesokan harinya, malam tu Shiken belanja makan dan medan selera, saya order mee udang, ehmm..sedap sangt mee tu, pulak tu udang dia mak aii besar banget..alhamdulillah kenyang dan murah moga murah rezeki orang yang belanja tu..Amin
Day 2 (Sabtu @ 4 Zulhijjah)
nampak cerita ni sangt tak menarik sebab tak de gambar kan, tapi memang tak ambik gambar pun, tak sempat..camera pun dok dalam beg jer, ni la hari yang ditunggu2, kami memulakan perjalanan seusai jam 8.30pg, merancang pegi awal sebab nak kena balik awal, tapi dipendekkan cerita jam 1 petang baru kami sampai ke rumah pengantin, nak kata jauh sangt rumah tu tak la, tapi macam2 jadi dalam perjalanan ke sana, nak cari hadiah la, nak kena ambik sahabat2 lain lagi, last2 petang jugak kami sampai..
alhamdulillah sejuk mata tangok pengantin, ramai yang datang..sesak jugak waktu tu, sementelah pulak tengah hujan dan rumah pengantin betul2 tepi jalan besar, memang agak sesak sedikit, yang nak dijadikan cerita ni pasai kakak pengantin, kawan saya ni kenduri sekali dengan kak long dia, kiranya ada 2 pengantin la, suami adik dia sampai dulu, then kawan saya tu pun keluarla sambut suami dia, tak lama tu pulak kecoh2 dengar suami kak long dia pulak sampai, mulanya kak long tu keluarla, tapi tak lama tu masuk rumah balik, menagis katanyer, kami pun heranla..kenape plak masuk balik, wahlal pengantin lelaki dah tunggu kat luar..rupa2nya orang yang disangka pengantin kak long dia tu bukan pengantin, tapi pengapit kepada suami adik dia..tapi memang tak boleh nak salahkan kak long la, pengapit tu pakai baju macam nak sanding jer, pulak tu warna dah sedondon, mestila orang ingat dia pengantin..aduhai silap pengantin plak, tapi tak lama lepas tu barula pengantin sebenar sampai, bila difikirkan balik, kelakar jugak time tu, kak long dia nangis sebab kena marah dengan sedara mara yang tak tau siapa pengantin sebenar..kalut sebentar waktu tu, tapi akhirnya selamat jugak majlis depa tu..alhamdulillah..
tak habis lagi cerita ni, balik dari Yan (rumah pengantin), kami melencong dulu ke Kuala Perlis, nak menikmati keindahan alam la katakan, ehm..terasa damai sangat kat sana, keadaan angin yang sepoi bahasa, redup dan menyamankan..rancangan awal nak jalan2 jer, tapi tengok ikan2 segar jer kat situ, kami pun apelagi tergerak hati pulak tuk makan kat situ, berbaloi la harga dengan makanan yang kami order, kami order, ikan siakap bakar, tomyam, sayur kailan ikan masin, sotong goreng dan kerang bakar, licin semuanya..puas hati, masakan pun sedap..alhamdulillah kenyang..
ehm..panjang pulak dah..insyaAllah sambung dilain masa selepas raya haji..
SALAM AIDILADHA...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan