Selasa, 10 November 2009

Jemputan Walimah

Assalamualaikum..
Menjelang jer cuti sekolah, mesti tak lari dari jemputan kenduri kendara...jenputan saya setakat Nov - Dis ni takla banyak sangt..tapi tempat tu jauh2 sangat

15 Nov 2009
Kak Siti Zaleha & pasangannya..kak leha ni sekampung ngan saya, dulu kami sekolah agama petang sama2, bukan sekelas tapi sebelah kelas..n kelas kami tu dipisahkan dengan devider kayu jer, time tak der kelas habis bercampur dua kelas tu..bising tak tau nak cakap la, kami jadi rapat sebab dia ni adik angkat arwah abang saya, insyaAllah minggu ni nak tak nak kenala balik kg...

21 Nov 2009
Muhaini & pasanagnnya, adik yang saya kenal rapat sejak dari arau lagi, kenduri kat Yan, insyaAllah mungkin akan sampai jugak ke majlis tu nanti, sebab dah lama simpan hasrat tuk turun ke Perlis..so sekali dengan kenduri tu bolehla jalan2 ke perlis..rindu pada sahabiah2 disana...


30 Nov 2009
Mohd Azali & pasangannya..ni pulak rakan sekelas, pendiam orangnyer..first time dengar dia cakap nak kawin, saya tak percaya sangt..bukan ape pendiam sangt, sampai time tu saya tanya banyak kali, betul ker mu nak kawin??, dia plak buat muka nak meyakinkan, tu yang kena tanya banyak kali, alhamdulillah dapat sekampung, kelantan jugak..tapi sebab jauh sangt ni, dan dekat dengan raya korban mungkin tak dapat nak pergi, tapi tak pe zali, doa kami sentiasa mengiringi...

5 Dis 2009
Hazaliana & pasangannya- haza ni pulak kawan masa sama2 kat S.A.M.T.S.S.A.A.S, kami duduk sebelah menyebelah masa form 4, nakal orangnya, kalo tak sabar jangan layan dia..heheh, jangan marah yer haza, tapi terror bahasa arab, teringat time ambik SMA (sujil menengah agama), banyak belajar b.arab dari makcik ni la, tapi takla sebagus yang dia dapt, tapi alhamdulillah, ok jugakla..kenduri dia ni kat batang kali, insyaAllah tak de aral mungkin sampai ke majlis dia nanti
6 Dis 2009
tarikh ni bertembung plak dua orang, tak taula nak pegi yang mana satu
1- kak Ila & pasangan..k.ila ni assistant lab photo, kalo budak2 geomatik mesti kenal punyer..kat meru.dalam perancangan nak pegi tapi mungkin petang sket sebab nak gi kenduri yang satu lagi dulu
2- Hidayah & Farid..ni la geng saya masa sekolah menengah (form 1 -form 3)kami gelar group kami "8 genius group" sekarang ni 4 married, 4single..saje jer time tu, kami lebih berlumba2 dalam study n jugak kuat mengusik orang..tu dulu, sekarang dah kurangla..hehe, dah pegi time nikah hari tu, tapi sebab ade hubungan sedara yang agak kuat, nak tak nak kena gi jugak menjengah sekejap, tak rugi kalo gi, sebab dapat berkumpul dengan kawan2 lain, kira gathering sekali la time tu..
12 Dis 2009
Syafa & pasanagan- ni jugak adik yang kenal masa kat arau dulu. kenduri kat kuantan, insyaAllah syafa kalo ade kawan akak turun, jauh jugak tu..tapi sebab tak pernah sampai lagi ke daerah kuantan tu, mungkin satu ziarah gak..kan jauh perjalanan luas permandangan....
19 Dis 2009
Emiziliana & pasangan - emy pulak ex rakan sekerja time di geomatika kolej dulu, baru jer dapt jemputan semalam, emi ni la yang urus pasai gaji dan duit kat kolej, so kalo lambat dapt gaji tnayer la kat dia, dia mesti tau..alhamdulillah akhirnya kawin jugak emi ek, bukan ape time dia tunang dulu dia macam tak percaya nak kawin..emi pulak kat johor, kalo ade konvoi dari kolej beramai2, saya nak join ek..
k setakat ni, ni jerla jemputan yang mendatang, buat semua yang bakal mendirikan rumahtangga saya doakan moga kebahagian yang dibina kekal dan berpanjagan hingga ke hujung usia, serta melahirkan anak2 yang soleh dan solehah.juga hubungan yang bakal terbina mendapat redha Allah.Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan